Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masuk (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi ke dalam: datang ke dalam
Berantonim dengan keluar

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, meruyup, terpuruk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan pergi: hadir di, berada di,

4. Bersinonim dengan menganut: memeluk

5. Dalam konteks peperiksaan
bersinonim dengan mengambil, menduduki, menghadiri, menyertai, mengikuti,

6. Bersinonim dengan telap: bobos, telus, lut, tembus,

Kata Terbitan : memasuki, memasukkan, termasuk, kemasukan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
inhalation techniqueteknik penyedutanPerubatanTiadaKaedah pemberian ubat secara sedutan yang membolehkan ubat terus masuk ke dalam paru-paru. Kaedah ini biasanya digunakan untuk tujuan pembiusan dengan menggunakan ubat anestesia sedutan atau pemberian ubat untuk penyakit paru-paru seperti asma dan sistik fibrosis.
phrenic nervesaraf frenikPerubatanTiadaSaraf yang muncul dari pleksus servikal masuk ke toraks dan terus ke diafragma.
decumanus maximusdecumanus maximusSejarahTiadaJalan utama dalam bandar Rom purba atau kem biasanya dibina bermula dari pintu masuk tengah terus ke pintu bertentangan membahagikan bandar segi empat tersebut kepada dua bahagian.
potential regulatorpengatur upayaTeknikElektrikPengatur yang mengawal voltan masuk ke sesuatu peranti/unit. Contoh penggunaan pengatur upaya ialah pada kawalan voltan keluaran dari unit sistem bekalan kuasa arus terus.
Conduit entrylaluan masuk pembuluhTeknikElektrikLubang pada kotak atau perkakas untuk dimasukkan pembuluh. Lubang ini mungkin dipasang terus ke pembuluh bersama pengganding dan sesendal atau bersama nat kunci.
starterpemulaTeknikElektrik1. Peranti yang digunakan untuk menghidupkan sesuatu alat dengan mengehadkan arus yang masuk ke alat semasa motor mula-mula dihidupkan. 2. Komponen yang digunakan untuk menyalakan lampu nyahcas pendarfluor. 3. Alat kawalan automatik untuk melindungi motor daripada bahaya arus permulaan yang tinggi, arus tambahan akibat beban lebih, dan daripada dihidupkan terus apabila voltan bekalan pulih setelah terganggu di samping sebagai kawalan hidup dan mati.
full-wave rectifierpenerus gelombang penuhTeknikElektrikLitar penerus yang menghasilkan keluaran arus terus beriak bagi setiap kitar arus ulang-alik yang masuk ke dalamnya tanpa mengira kitar positif ataupun negatif. Terdapat dua cara bagi menghasilkan penerus ini, iaitu dengan menggunakan dua diod bersama pengubah sadap tengah, atau dengan menggunakan empat diod sambungan titi.
series motormotor siriTeknikElektrikMotor arus terus yang belitan medan dan angkernya disambung bersiri dengan bekalan. Belitan medan motor ini tidak banyak, tetapi saiz dawainya besar bagi membolehkannya membawa arus beban yang besar. Arus yang dibekalkan akan masuk ke dalam gegelung medan dan juga angker. Motor ini boleh dibekalkan dengan bekalan arus terus atau arus ulang-alik. Motor ini mesti disambung terus dengan beban tanpa perantaraan rantai atau tali sawat, kerana motor ini akan terbakar jika berputar tanpa beban apabila rantai atau tali sawat putus. Motor siri mempunyai kilas yang tinggi dan biasanya digunakan pada kereta api elektrik, troli, dan kereta elektrik.
fractional distillationpenyulingan berperingkatKimiaTiadaPenyulingan yang digunakan untuk mengasingkan campuran cecair yang mempunyai takat didih yang berbeza. Proses ini menggunakan turus pemeringkatan yang tegak dan panjang yang diisi dengan manik-manik kaca supaya refluks separa boleh berlaku. Kaedah ini dapat menghasilkan pengasingan lengkap dua atau lebih cecair yang mudah meruap. Sebahagian daripada wap akan terkondensasi dan cecair yang terhasil akan bertembung dengan lebih banyak wap dan proses ini akan berulang. Pecahan cecair yang mempunyai julat takat didih yang rendah akan terus masuk ke dalam kondenser penyulingan, manakala pecahan cecair yang mempunyai julat takat didih yang tinggi akan masuk balik ke dalam kelalang penyuling. Penyulingan berperingkat merupakan kaedah asas bagi penghasilan petroleum daripada minyak mentah. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 147 Penyulingan berperingkat
armature currentarus angkerTeknikElektrikarus yang mengalir keluar dari angker penjana arus terus, atau arus yang mengalir ke arah angker motor arus terus tetapi tidak termasuk arus yang diambil oleh belitan medan pirau. bagi mesin arus ulang-alik (mengikut jenis mesin) yang menggunakan angker, arus ini merujuk arus yang masuk ke dalam angker motor atau arus yang keluar dari angker penjana.
12

Kembali ke atas