orthography | ortografi | Kesusasteraan | Tiada | Sistem ejaan sesuatu bahasa yang betul dan standard. Sistem ejaan bahasa Melayu amat diperlukan dalam kajian filologi terutamanya yang melibatkan naskhah Melayu lama. |
apparatus criticus | kritikus aparatus | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah membuat suntingan kritis terhadap karya dengan cara membandingkan beberapa sumber atau versi manuskrip yang berbeza. Kritikus aparatus biasa terdapat dalam kajian filologi, terutamanya semasa membuat suntingan atau transliterasi terhadap sesuatu naskhah manuskrip yang mempunyai vesi yang berbeza. Secara umumnya, sesuatu teks Melayu lama wujud dalam beberapa salinan yang memperlihatkan beberapa perbezaan. Pengkaji akan memilih sebuah naskhah manuskrip yang dianggap terbaik dan membuat edisi, transliterasi, atau transkripsi berdasarkan naskhak tersebut. Semasa membuat edisi, pengkaji akan membuat kritikus aparatus dengan cara membandingkan naskhah yang dianggap terbaik tadi degan beberapa variasi naskhah lain. Kritikus aparatus biasanya dibuat pada bahagian nota kaki. Antara perkara yang diberi tumpuan dalam kritikus aparatus termasuklah memberikan ulasan atau sebab. Sesuatu pilihan dibuat dengan mengemukakan bukti konkrit berdasarkan naskhah lain, sama ada dari segi perbezaan huruf, perkataan, atau stru |
fort | kubu | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tapak pertahanan dan kota pemerintahan yang diperbuat daripada bata, kayu bakau, cangkerang atau tanah yang ditinggikan. Kedudukannya terletak di kawasan pedalaman atau dipinggir sungai. Terdapat juga kubu yang mempunyai menara peninjau. Di Malaysia, perkembangannya wujud sejak zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Lama dan Baru serta semasa zaman penjajahan Belanda dan Inggeris. Contohnya, Kota Johor Lama (Johor), Kubu Datuk Maharaja Lela (Perak) dan A. Famosa (Melaka). Sinonim benteng. |
archaism | arkaisme | Kesusasteraan | Tiada | Penggunaan perkataan, frasa atau ayat yang dianggap kuno, purba, usang atau antik kerana telah lama tidak digunakan. Perubahan masa menyebabkan banyak perkataan yang pernah digunakan pada zaman silam dianggap lupus dan kuno. Ada kalanya, bahasa arkaik agak sukar difahami maksudnya, dan memerlukan penelitian yang lebih terperinci. Umumnya, bahasa arkaik banyak ditemui dalam puisi. Dalam kesusasteraan Inggeris, perkataan seperti �thye�, �thee�, atau �morn� merupakan perkataan arkaik. Arkaisme mempunyai peranan tertentu, antaranya dapat meninggalkan kesan penggunaan bahasa yang berbeza daripada bahasa biasa, serta dapat menimbulkan suasana budaya masa lampau kepada pembaca masa kini. Dalam tradisi Melayu, bahasa arkaik banyak ditemui dalam teks Melayu lama, khususnya dalam mantera Melayu. |
script/scriptio | tulisan | Kesusasteraan | Tiada | Tulisan tangan yang digunakan untuk menulis atau menyalin sesebuah teks. Contoh: tulisan jawi untuk teks-teks lama Melayu dan tulisan Jawa ha, na, ca, ra, ka, untuk teks-teks Jawa. |
antiquities | karya kuno | Kesusasteraan | Tiada | Hasil karya warisan sesuatu bangsa yang telah lama tetapi masih dianggap berguna. Contoh: Hikayat Hang Tuah, Sejarah Melayu, Pararaton, Syair Ken Tambunan. |
colonial administration | pentadbiran penjajah | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pemerintahan sesebuah negara yang dikuasai dan diterajui oleh kuasa asing bagi mengenakan dasar kolonialisme dan imperialisme mereka. Pada suatu ketika dahulu, pentadbiran penjajah berlaku ke atas negara-negara kecil yang belum mencapai kemerdekaan. Pentadbiran penjajah bertujuan untuk mengeksploitasi sumber hasil bumi yang terdapat di negara yang dijajah. Sebagai contoh, Tanah Melayu telah ditadbir oleh pihak penjajah Inggeris buat sekian lama telah banyak meninggalkan kesan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Antara sistem pentadbiran penjajah Inggeris di Tanah Melayu ialah Sistem Residen, Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan pelaksanaan Dasar Pecah dan Perintah. |
tamsil | tamsil | Kesusasteraan | Tiada | Misalan, umpama atau contoh. Dalam budaya Melayu atau contoh diberikan secara ibarat dan sindiran melalui ungkapan perumpamaan, bidalan, dan pepatah. Ungkapan ini disebut sebagai bahasa kiasan, iaitu bahasa yang memberi teladan dan pengajaran secara perbandingan melalui perlakuan, sifat, atau tabiat alam dan makhluk. Melalui ungkapan ini, pengajaran disampaikan secara tersirat dan memerlukan tafsiran, namun amat berkesan, tajam, dan bersifat intelektual. Contohnya, �diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat�, �kokok berderai-derai, tetapi ekor bergelumang tahi�. Contoh tamsilan yang lebih panjang ditemui dalam Syair Perahu adalah seperti yang berikut: Wahai muda, kenali dirimu Ialah perahu tamsil tubuhmu, Tiadalah berapa lama hidupmu, ke akhirat jua kekal diammu. Hasil muda arif budiman, Hasilkan kemudi dengan pedoman, Alat perahumu jua kerjakan, Itulah jalan membetuli insan, Muaranya dalam, ikan pun banyak, Disanalah perahu karam dan rosak, Karangnya tajam seperti tombak, Ke atas pasir kam |