customs union | kesatuan kastam | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Aturan perdagangan serantau yang menyeragamkan sekatan perdagangan terhadap import dari negara bukan anggota. Terdapat kesatuan kastam yang hanya menyeragamkan kadar tarif seperti Pasaran Bersama Selatan (MERCOSUR). Terdapat juga kesatuan kastam yang turut menyeragamkan sekatan bukan tarif seperti Komuniti Eropah menerusi Dasar Komersial Bersama. Penyeragaman sekatan bukan tarif merupakan langkah awal ke arah penubuhan pasaran bersama. |
regional trade agreement | perjanjian perdagangan serantau | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perjanjian antara dua atau lebih negara dalam sesuatu rantau bagi mengurangkan tarif dan halangan perdagangan yang lain. Terdapat perjanjian yang hanya mengurangkan atau menyeragamkan sekatan perdagangan antara negara anggota. Terdapat juga perjanjian yang mengurangkan atau menyeragamkan sekatan perdagangan yang dikenakan kepada negara bukan anggota. Selain itu, terdapat juga perjanjian yang menyeragamkan dasar perdagangan luar secara menyeluruh. |
flattening filter | tapis perata | Kejuruteraan | Tiada | Penapis berbentuk khas digunakan untuk menyeragamkan alur sinaran. |
synchronizing unit | unit segerak | Pendidikan | Tiada | Alat dalam projektor slaid untuk menyeragamkan bunyi suara dengan gambar yang ditayangkan, dan boleh digunakan bersama-sama pita audio. |
module | modul | Kesenian | Seni Bina | Unit ukuran yang menjadi asas untuk menyeragamkan perancangan sesuatu ruang. Ia merujuk kepada reka bentuk sistem yang terdiri daripada komponen-komponen yang boleh digabungkan untuk membentuk sesebuah bangunan. Seni bina yang berasaskan modul (seni bina modular) mempunyai keistimewaan yang tersendiri kerana ia boleh menggantikan atau menambah mana-mana satu komponen (modul) tanpa menjejaskan keseluruhan sistem. |
API unit | unit API | Kejuruteraan | Petroleum | Unit piawai yang dibentuk oleh American Petroleum Institute (API) untuk menyeragamkan gerak balas ataua kepekaan alat-alat pengelogan sinar gama atau pengelogan neutron. Alat ditentukurkan dengan nilai sinaran yang diketahui dalam lubang uji API. |
palletting | penengkelen | Biologi | Patologi | Penyalutan biji benih dengan bahan tertentu, misalnya campuran baja, petisid dan bahan lain yang bertujuan untuk melindungi biji benih, membaja benih, menyeragamkan saiz dan bentuk, dan lain-lain lagi. |
pitch class set | set klasiflkasi pic | Muzik | Tiada | Kaedah pelabelan set pic dengan menggunakan sistem nombor 0 hingga 12. Setiap pic tersebut tidak dilabelkan dengan huruf abjad serta tanda kromatnya. Sekiranya pic pertama dalam set itu ialah C, maka C dinomborkan 0, C# atau Db dinomborkan 1, D dinomborkan 2, D# atau Eb dinomborkan 3, E dinomborkan 4 dan seterusnya. Set pic yang terdiri daripada C, C#, E dikenali sebagai set klasiflkasi pic (0, 1,4). Untuk memudahkan dan menyeragamkan sistem pengklasifikasian, set klasiflkasi pic ini diatur mengikut susunan terdekat yang dikenali sebagai bentuk primer. Not pada bar 1 disusun dalam bentuk primer pada bar 2. |