ukir berpunca | ukir berpunca | Kesenian | Tiada | Motif-motif yang menjadi ukiran yang bermula dari satu motif yang dipanggil ibu dan berkembang menjadi motif anak, umumnya motif anak lebih kecil daripada motif ibu. awan larat beribu |
awan larat beribu | awan larat beribu | Kesenian | Tiada | Motif-motif yang menjadi ukiran yang bermula dari satu motif yang dipanggil ibu dan berkembang menjadi motif anak, umumnya motif anak lebih kecil dari motif ibu. Ukir berpunca. |
motive | motif | Kesusasteraan | Tiada | Unit tema terkecil dalam sesebuah cerita atau naratif. Motif harus dibezakan dengan tema yang merupakan unit semantik yang lebih abstrak dan umum yang biasanya terdiri daripada beberapa motif. Motif mungkin berupa sesuatu kejadian, sifat atau watak. Dalam cerita pari-pari atau lipur lara, penjelmaan� ialah satu motif, begitu juga �pembuangan�. �fitnah�, �fakir� �ibu tiri� dan sebagainya. Motif yang berulang-ulang dalam sesebuah naratif disebut sebagai leit-motif. Istilah ini dalam bahasa Jerman bermaksud �motif panduan�. |
disguise | samar | Kesusasteraan | Tiada | 1. Unsur penyamaran motif-motif tertentu dalam komedi romantik misalnya seorang wirawati menyamar diri sebagai seorang lelaki, atau si pemuda menyamar dengan pelbagai cara untuk membolehkan dia menemui kekasihnya. |
batang(Ib.) | batang(Ib.) | Kesenian | Tiada | Bahagian ukiran yang menghubungkan pucuk, daun dengan motif-motif lain. |
awan larat sorok punca | awan larat sorok punca | Kesenian | Tiada | Awan larat yang tersembunyi puncanya oleh motif-motif lain yang memenuhi ruang ukiran. Falsafahnya walaupun setiap kejadian ada permulaan tetapi tidak semua yang diketahui oleh manusia namun tetap diyakini kewujudan permulaannya. |
foulard | fabrik fulard | Kesenian | Tiada | Fabrik sutera rayon atau fabrik sutera asetat yang lembut, ringan, bertenun kelarai, dan permukaannya dicetak dengan motif-motif kecil untuk kegunaan skarf, tali leher, baju dan lain-lain. |
foulard | fabrik fulard | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Fabrik sutera rayon atau fabrik sutera asetat yang lembut, ringan, bertenun kelarai, dan permukaannya dicetak dengan motif-motif kecil untuk kegunaan skarf, tali leher, baju dan lain-lain. |
pola pemidang | pola pemidang | Kesenian | Tiada | Ukiran yang menggunakan unsur yang sederhana. Pergerakan unsurnya tidak banyak berbelit, tidak berlingkar, dipisahkan antara motif-motifnya dan mempunyai pemidang atau bingkai. Motif pola ini lazimnya lebih bersifat estetik dengan pengertian yang tertentu. Ukiran yang mempunyai pola ini dikenali dengan motif-motif seperti motif itik pulang petang, bada mudik, setampuk manggis, dan sebagainya. Pola ini biasanya terdapat pada perkakas di dalam rumah seperti tepak sirih, almari, dan sebagainya, serta sering dipasang pada penutup bendul, paha tangga, cucuran atap, dan sebagainya. pola bingkai |
pola bingkai | pola bingkai | Kesenian | Tiada | Ukiran yang menggunakan unsur yang sederhana. Pergerakan unsurnya tidak banyak berbelit, tidak berlingkar, dipisahkan antara motif-motifnya dan mempunyai pemidang atau bingkai. Motif pola ini lazimnya lebih bersifat estetik dengan pengertian yang tertentu. Ukiran yang mempunyai pola ini dikenali dengan motif-motif seperti motif itik pulang petang, bada mudik, setampuk manggis, dan sebagainya. Pola ini biasanya terdapat pada perkakas di dalam rumah seperti tepak sirih, almari, dan sebagainya, serta sering dipasang pada penutup bendul, paha tangga, cucuran atap, dan sebagainya. |