forgery insurance | insurans pemalsuan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Polisi pemalsuan perdagangan yang digunakan oleh firma selain bank atau polisi pemalsuan pendeposit yang digunakan untuk melindungi insured dan banknya. |
cheque alteration and forgery insurance | insurans pemalsuan dan pengubahan cek | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Satu daripada dua jenis polisi. Pertama, polisi pemalsuan perdagangan yang digunakan oleh firma-firma selain daripada bank. Kedua, polisi pemalsuan deposit untuk melindungi insured dan banknya. |
forgery | pemalsuan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Pemalsuan: Proses meniru setem untuk tujuan penipuan. |
forging | penempaan; pemalsuan | Kesusasteraan | Tiada | 2. Pemalsuan: Perihal memalsukan karya sastera. |
electronic falsification | pemalsuan elektronik | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Keadaan pemalsuan yang dilakukan terhadap data dan maklumat dalam bentuk elektronik. Contohnya, pengguna hasad biasanya menggunakan perakuan digital palsu untuk memperdayakan pengguna laman web. |
commercial forgery policy | polisi pemalsuan perdagangan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Polisi yang melindungi insured terhadap pemalsuan cek yang diterima daripada pihak lain. |
forgery bond | bon pemalsuan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bon yang dikeluarkan oleh insurer untuk melindungi insured daripada pemalsuan cek, wang tunai dan sebagainya. |
depositor's forgery insurance | insurans pemalsuan penyimpan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perlindungan insurans perniagaan terhadap kerugian akibat pemalsuan atau pengubahan yang dilakukan ke atas cek, draf, nota janji hutang, yang didakwa telah ditulis oleh insured. Perlindungan ini dikeluarkan untuk individu dan badan korporat tetapi bukan kepada bank atau institusi kewangan. |
banker's forgery and alteration bond | bon perubahan dan pemalsuan jurubank | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bon yang dikeluarkan untuk institusi kewangan yang memberi perlindungan ke atas pemalsuan dan perubahan yang dibuat pada cek, sekuriti dan sebagainya dengan tujuan menipu. |
forgery | pemalsuan | Ekonomi | Tiada | Tiada |