Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.di.ngin] | ڤنديڠين

Definisi : 1. alat (perkakas, bahan, dsb) utk mendinginkan: air batu kering sangat-sangat berguna sbg ~ kerana tidak me­ning­gal­kan cecair; ~ udara alat utk men­dingin­kan udara; lemari ~ Id peti ais (air batu); 2. ki lekas marah, pemarah: Mariam merasai seleranya telah berubah, perutnya kerap kali mulas, dia pemalas, ~ dan bangunnya ter­lambat dr biasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.di.ngin] | ڤنديڠين

Definisi : alat (perkakas) utk mendinginkan: Alat ~ bilik ini sudah rosak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sejuk (adjektif)
1. Bersinonim dengan dingin: adem
Berantonim dengan panas

2. Bersinonim dengan nyaman: segar, seronok, selesa, nikmat, enak, indah, sihat, naim,
Berantonim dengan pengap

3. Bersinonim dengan tenang: sejahtera, aman, makmur, senang, tenteram, lega, berbahagia, sentosa, damai, karar, rukun, sakinat, jernih, selesa,
Berantonim dengan huru-hara

Kata Terbitan : bersejuk, menyejukkan, kesejukan, penyejukan, pendingin,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
adsorption coolerpendingin jerapanKejuruteraanKejuruteraan KimiaUnit pendingin mampatan yang menggunakan air sebagai cecair penyejuk dan litium bromida sebagai larutan penyerap. Cecair penyejuk pendingin ini tidak melalui proses pengewapan dan pemampatan semula sebagaimana unit pendingin mampatan jenis lain. Pendingin jenis ini sesuai bagi proses pendinginan pada suhu yang lebih tinggi daripada takat beku air.
secondary heat exchangerpenukar haba sekunderKejuruteraanTiadaPenukar haba untuk memindahkan haba daripada litar pendingin sekunder ke litar pendingin tertier.
R designation for coolanttatanama R sistem bahan pendinginKejuruteraanKejuruteraan KimiaTatanama yang digunakan oleh The American Society of Heating, Refrigerating, and Air-Conditioning Engineers untuk menamakan cecair pendingin di dalam sesuatu sistem pendingin atau pemanas. Misalnya, R-40 ialah metil klorida, R-744 ialah karbon dioksida dan R-12 ialah Freon.
intercoolerpendingin antaraKejuruteraanTiadaPendingin yang dipasang pada pemampat pancaperingkat untuk menurunkan suhu udara pada tekanan malar.
absorption refrigeratorpendingin serapanFizikHabaAlat pendingin yang dihasilkan oleh pengembangan cecair ammonia kepada gas dan kemudian gas itu diserap oleh air. Ammonia tersebut digunakan semula selepas air tersejat.
Carnot coolerpendingin CarnotKejuruteraanKejuruteraan KimiaUnit pendingin khayalan yang dikendalikan mengikut prinsip edaran Carnot yang akan menghasilkan kerja maksimum termungkin bagi sebarang proses pendinginan di antara punca panas dan sejuk.
cascade coolerpendingin lataKejuruteraanKejuruteraan KimiaUnit pendingin yang menggunakan lebih daripada dua kitaran sistem penyejuk, dan cecair penyejuk yang berlainan disusun dalam satu lata. Kaedah ini digunakan untuk mengelakkan wujudnya had tekanan penyejat dan pemeluwap supaya pendinginan dicapai tanpa perlu mengubahsuai sistem penyejat atau pemeluwap untuk duti yang tinggi.
compression coolerpendingin mampatanKejuruteraanKejuruteraan KimiaUnit pendingin yang dikendalikan berdasarkan pengewapan cecair penyejuk untuk mendinginkan sesuatu sistem atau proses. Pengewapan cecair penyejuk ini menyebabkan cecair penyejuk bertukar menjadi gas dan serentak mendinginkan sistem tersebut. Pemampat kemudian digunakan untuk memampatkan gas semula ke fasa cecair bagi proses pendinginan selanjutnya.
ammonia absorption refrigeratorpendingin serapan ammoniaFizikHabaPendingin serapan yang menggunakan ammonia sebagai bahan penyejuk yang berkitar.
central air coolerpendingin udara pusatKejuruteraanKejuruteraan BangunanPendingin udara yang mengawal penyejukan berdasarkan sistem kawalan pusat.
12345678910...

Kembali ke atas