national economic growth model | model pertumbuhan ekonomi nasional | Sosiologi | Tiada | Model yang digunakan untuk menjelaskan penentu-penentu luaran pertumbuhan nasional. |
determinative | penentu | Linguistik | Tiada | Kata yang berfungsi sebagai adjung dalam frasa nama. Penentu terbahagi kepada dua, iaitu penentu depan dan penentu belakang. |
access specifier | penentu capaian | Teknologi Maklumat | Perisian | Penentu yang akan mengubah kelas, kaedah atau pemboleh ubah serta bahagian atur cara yang boleh dicapai. Penentu capaian biasanya terdapat dalam bahasa pengaturcaraan berorientasikan objek seperti C++ dan Java. |
coincidence rangefinder | penentu julat bertepatan | Fizik | Optik | Penentu julat optik yang menggunakan pandangan satu mata melalui kanta mata tunggal untuk memberi asas pelarasan penentu julat supaya dua imej sasaran atau sebahagian dari kedua-duanya menjadi sepadan atau bertepatan apabila dipandang daripada lintasan yang berbeza. |
definite determiner | penentu pasti | Linguistik | Tiada | Penentu dalam frasa nama yang menentukan kata nama sebagai butir tertentu. Contohnya, these dalam these hungry people. |
posterior determinant | penentu posterior | Perubatan | Tiada | Penentu pergerakan mandibel di posterior, iaitu sendi temporo-mandibel di kiri dan kanan. |
stereoscopic rangefinder | penentu julat steroskop | Fizik | Optik | Penentu julat optik yang menggunakan pandangan stereo. Alat ini terdiri daripada binokular besar yang dipasang dengan retikel khas untuk membolehkan pencerap mensuperimposisi imej stereo yang terbentuk oleh pasangan retikel pada imej sasaran dilihat melalui okular. Oleh itu, julat sebenar diperolehi bila tanda retikel kelihatan tergantung pada sasaran dan pada jarak ketara. |
Slater determinant | penentu Slater | Fizik | Mekanik Kuantum | Fungsi gelombang mekanik kuantum bagi n fermion yang merupakan penentu berdimensi n x n dengan unsurnya adalah n fungsi gelombang yang berbeza. Setiap fungsi gelombang tersebut bergantung pada koordinat zarah berkenaan. |
anterior determinant | penentu anterior | Perubatan | Tiada | Struktur-struktur di anterior muka, iaitu gigi-gigi maksila dan mandibel, menjadi penentu pergerakan mandibel. |
cultural determinists | penentu kebudayaan | Sejarah | Tiada | Orang yang berpegang kepada fahaman bahawa terdapat peringkat fenomena tertentu seperti ekonomi, geografi atau faktor sosial sebagai asas atau penentu perubahan yang berlaku dalam budaya. |