Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.khia.na.tan] | ڤڠخيانتن

Definisi : perihal (perbuatan, tindak­-tanduk, dsb) mengkhianati, perbuatan khia­nat: letupan di pelabuhan itu adalah suatu ~ oleh anasir-anasir jahat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.khia.na.tan] | ڤڠخيانتن

Definisi : perihal (perbuatan) mengkhianati: Seseorang yg baik tidak mungkin melakukan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khianat (adjektif)
Bersinonim dengan derhaka, curang, tipu daya, putar belit, tidak setia, aniaya, dengki, busuk hati;,
Kata Terbitan : mengkhianat, pengkhianatan, pengkhianat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
treacherypengkhianatan; pembelotan; penderhakaanSejarahTiadaTiada
defect (political)belot; paling tadah; lompat; loncatSejarahTiadaPengkhianatan atau pembelotan dari satu kumpulan atau parti politik untuk memasuki parti atau kumpulan yang lain.
khiyar khiyanatpilihan khianatPerniagaan IslamTiadaHak pemilihan pembeli apabila wujud penipuan dalam akad jual beli amanah. Contohnya, penipuan yang terbukti dalam akad jual beli meliputi unsur gharar pada barangan jual beli, penipuan terhadap kecacatan barangan dan penipuan kos barangan. Mengikut mazhab Hanafi dan Maliki, pembeli mempunyai hak untuk meneruskan atau menamatkan urus niaga. Manakala mengikut mazhab Syafii dan Hambali, pembeli tidak mempunyai hak untuk memilih tetapi berhak menuntut pengurangan harga berdasarkan jenis pengkhianatan.
political offencekesalahan politikUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKesalahan yang dilakukan berkaitan dengan kekacauan politik atau sebahagian daripada kekacauan politik. Kesalahan politik biasanya menjadi pengecualian dalam penyerahan balik seseorang yang dikehendaki oleh negara lain. Lazimnya, pengecualian ini disebut dalam triti ekstradisi atau statut ekstradisi. Di Malaysia, seksyen 3(i) Akta Ekstradisi 1992 memperuntukkan bahawa seseorang penjenayah tidak boleh diserah balik ke negara asalnya atas sesuatu kesalahan politik. Contoh kesalahan politik ialah pengkhianatan, pengintipan dan hasutan.

Kembali ke atas