all-points bulletin | buletin semua hal | Umum | Tiada | Pengumuman berkaitan dengan jenayah yang disebarkan kepada penguat kuasa undang-undang. |
moral enterpreneuer | penjaja moral | Kriminologi | Tiada | Individu atau kumpulan seperti media, ahli politik, pempengaruh media sosial atau penguat kuasa undang-undang yang melabelkan tingkah laku seseorang sebagai antisosial atau melencong untuk mempengaruhi masyarakat. Mereka juga berusaha untuk menyebarkan atau mempopularkan label ini dalam kalangan masyarakat. Contohnya, perbuatan merempit yang dilabelkan oleh polis sebagai tingkah laku antisosial dalam masyarakat. |
moral entrepreneur | usahawan moral | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Individu atau kumpulan seperti media, ahli politik, pempengaruh media sosial atau penguat kuasa undang-undang yang melabelkan tingkah laku tertentu individu atau kumpulan sebagai antisosial dan tingkah laku melencong untuk mempengaruhi masyarakat. Mereka juga berusaha untuk menyebarkan atau mempopularkan label ini dalam kalangan masyarakat. Contohnya, perbuatan merempit yang dilabelkan oleh pihak polis sebagai tingkah laku antisosial dalam masyarakat. |
counter-terrorism | perangi keganasan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Strategi, teknik, tindakan, langkah, usaha, taktik, amalan atau inisiatif yang diambil oleh sesebuah negara, kerajaan, tentera dan penguat kuasa undang-undang dalam mengesan dan membanteras keganasan. Contohnya, penggubalan undang-undang yang bersifat pencegahan untuk mengawal selia aspek keganasan. Sinonim antikeganasan. |