Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.ra.ga.man] | ڤڽراݢمن

Definisi : perbuatan menyeragamkan: ia akan dapat berusaha ke arah ~ bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nye.ra.ga.man] | ڤڽراݢمن

Definisi : perbuatan (usaha dsb) menyeragamkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ragam (kata nama)
1. Bersinonim dengan olah: tingkah, kerenah, perangai, gelagat, canda, fiil,

2. Bersinonim dengan jenis: macam, bagai, aneka,

3. Bersinonim dengan lagu: langgam

4. Bersinonim dengan corak: ragi, sisik,

Kata Terbitan : seragam, menyeragamkan, keseragaman, penyeragaman, beragam-ragam, meragam, meragamkan, keragaman,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
regradationpenyeragaman semula cerunGeografiTiadaTiada
social monismpenyeragaman sosialSosiologiTiadaTiada
standardizationpemiawaianHerbaFitokimiaPenyeragaman kualiti sesuatu hasil pada semua peringkat pemprosesan bermula daripada bahan mentah herba sehingga produk ekstrak akhir untuk mencapai satu piawai yang ditetapkan. Ekstrak piawai merupakan bahan ekstrak yang kandungannya telah dioptimumkan secara kualitatif dan boleh diulang bukti.
gradationpemeringkatan; penggredanGeografiTiadaPenggredan: Keadaan di mana permukaan bumi menuju ke tahap penyeragaman melalui tindakan proses - proses gondolan.
recodepengekodan semulaTeknologi MaklumatPerisianPerubahan yang dilakukan kepada ciri yang terdapat dalam fasa implementasi. Contohnya, perubahan pada peringkat kod sumber ialah penterjemahan bahasa dan penstrukturan aliran kawalan. Perubahan lain termasuklah penyeragaman piawaian pengekodan, mempertingkat kebolehbacaan kod sumber dan penamaan semula butiran pengaturcaraan.
customs unionkesatuan kastamUndang-undangUndang-undang AntarabangsaAturan perdagangan serantau yang menyeragamkan sekatan perdagangan terhadap import dari negara bukan anggota. Terdapat kesatuan kastam yang hanya menyeragamkan kadar tarif seperti Pasaran Bersama Selatan (MERCOSUR). Terdapat juga kesatuan kastam yang turut menyeragamkan sekatan bukan tarif seperti Komuniti Eropah menerusi Dasar Komersial Bersama. Penyeragaman sekatan bukan tarif merupakan langkah awal ke arah penubuhan pasaran bersama.

Kembali ke atas