Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.suaian] | ڤڽسواين

Definisi : perihal (perbuatan, proses, dsb) menyesuaikan, perbuatan menjadikan sesuatu dsb sesuai (dgn sesuatu yg lain): bahasa Melayu maju dgn pesat sekali se­hingga ~ diri dgn kemajuan itu perlu di­lakukan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nye.suaian] | ڤڽسواين

Definisi : perbuatan atau hal menyesuaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sesuai (adjektif)
1. Bersinonim dengan padan: cocok, serasi, layak, patut, tanjak, labut, kena, pantas, betah,
Berantonim dengan janggal

2. Bersinonim dengan setimbal: seimbang, setimpal, selaras, sewajar,

3. Bersinonim dengan sepakat: sehati, setuju, seresam, sebati, seragam,

4. Rujuk mujarab

Kata Terbitan : bersesuaian, menyesuaikan, kesesuaian, persesuaian, penyesuaian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
acclimatizationpenyesuaian iklim; penyesuaianPerubatanPergigianPenyesuaian: Penerimaan dan pembiasaan dengan sesuatu keadaan.
accommodationpenyesuaian diri;penginapan penyesuaianKomunikasi MassaTiadaTiada
accomodationakomodasiBiologiFisiologiPenyesuaian terhadap sesuatu keadaan seperti penyesuaian mata untuk menerima imej yang jelas daripada objek pada jarak yang berubah-rubah atau penyesuaian reseptor terhadap rangsangan yang berubah-ubah.
environmental adaptationpenyesuaian persekitaranPengurusanPerancanganTransformasi struktur atau prosedur yang perlu dilakukan oleh organisasi supaya operasinya dapat disesuaikan dengan perubahan persekitaran. Penyesuaian tersebut dibuat berdasarkan maklumat yang dikumpul daripada pelbagai sumber seperti pelanggan dan pembekal melalui pemantauan persekitaran. Penyesuaian persekitaran perlu bagi membolehkan organisasi kekal relevan dan berdaya saing kerana ada kalanya perubahan tersebut memberikan dampak yang besar kepada operasi organisasi. Contohnya, langkah penyesuaian perlu bagi menghadapi pewartaan undang-undang baharu dalam bidang perniagaan yang diceburi atau penggabungan dua atau lebih syarikat pesaing dalam pasaran yang membentuk sebuah syarikat pesaing yang lebih besar.
acclimatizationpengiklimanPerhutananTiadaPenyesuaian fisiologi dan tindak balas sesuatu organisma terhadap perubahan persekitaran. Contohnya, tumbuhan atau haiwan mengalami penyesuaian secara fisiologi terhadap perubahan terutamanya iklim. Penyesuaian ini termasuklah terhadap ketinggian, tekanan dan kandungan oksigen yang rendah dalam udara.
acclimatizationpengiklimanPerhutananPengurusan HutanPenyesuaian fisiologi dan tindak balas sesuatu organisma terhadap perubahan persekitaran. Contohnya, tumbuhan atau haiwan mengalami penyesuaian secara fisiologi terhadap perubahan terutamanya iklim. Penyesuaian ini termasuklah terhadap ketinggian, tekanan dan kandungan oksigen yang rendah dalam udara.
acclimationaklimasiBiologiEkologiPenyesuaian fisiologi dan lakuan sesuatu organisma terhadap perubahan sekitaran. Misalnya, tumbuhan atau haiwan mengalami penyesuaian secara fisiologi terhadap perubahan, terutamanya iklim, dan pendaki gunung apabila mendaki gunung akan mengalami penyesuaian secara fisiologi terhadap ketinggian, tekanan yuang rendah dan kandungan oksigen yang rendah dalam udara di kawasan atas gunung, sinonim aklimatisasi.
physical adaptationpenyesuaian fizikalBotaniTiadaProses yang merangkumi pengubahsuaian fenotip melalui morfologi dan fisiologi yang berguna untuk perkembangan tanaman dalam persekitaran tertentu, termasuk proses penyesuaian tumbuhan terhadap iklim. Contohnya, ciri baka yang menonjol dalam sesuatu persekitaran mampu mencapai penyesuaian.
counteradaptationpenyesuaian berlawanBiologiEkologiPenyesuaian yang memperlihatkan ciri-ciri daripada dua spesies atau lebih, yang menuju kepada keburukan bersama.
acquired adaptationpenyesuaian diperolehSosiologiTiadaPenyesuaian terhadap persekitaran yang didapati melalui pembelajaran atau pengalaman yang berulang-ulang.
12345678910...

Kembali ke atas