alpha decay | pereputan alfa | Fizik | Atom dan Nuklear | Pereputan bahan radioaktif yang memancarkan zarah alfa. Semasa pereputan ini, nombor atom menurun kepada 2 unit dan nombor jisim kepada 4 unit. Contohnya, Rn-222 dengan nombor atom 86 dan nombor jisim 222 dijana daripada pereputan alfa Ra-226 dengan nombor atom 88 dan nombor jisim 226. |
branching decay | reputan mencabang | Fizik | Atom dan Nuklear | Penyepaian bahan radioaktif spesies tertentu yang berlaku melalui dua atau lebih proses pereputan. Contohnya, pereputan atom bismut-214, lebih 99% mereput kepada polonium-214 dengan mengeluarkan elektron dan selebihnya 0.021% mereput kepada talium-210 dengan mengeluarkan zarah alfa. |
weak interaction | saling tindakan lemah | Fizik | Moden | Salah satu saling tindakan asas antara zarah-zarah keunsuran yang bertanggungjawab terhadap pereputan beta nukleus dan pereputan zarah keunsuran yang masa hayatnya melebihi kira-kira 10-10 saat, seperti muon, K-meson, dan hiperon lambda. |
decomposition | penguraian; pereputan | Perubatan | Tiada | 2. Pereputan: Proses bahan kompleks menjadi lebih ringkas, akibat tindakan bakteria atau kimia. |
exponential decay | pereputan eksponen | Kejuruteraan | Tiada | Pereputan mengikut hukum eksponen. |
electron capture decay | reputan tawanan elektron | Fizik | Atom dan Nuklear | Pereputan yang diikuti dengan tawanan elektron orbitan oleh nukleus. Dalam proses ini elektron orbitan dalaman ditawan oleh nukleus dan diikuti dengan pembebasan sinar gama atau sinar-X apabila kekosongan elektron ini diisi semula oleh elektron orbital luaran. Contohnya, pereputan radioaktif berilium-7 kepada litium-7 menerusi tawanan elektron. Skema pereputan berilium-7 ditunjukkan pada gambar rajah. Dalam rajah ini pereputan secara terus kepada keadaan asas adalah sebanyak 89.7% sementara peratus pereputan tawanan elektron sebanyak 10.3% dengan pembebasan sinaran gama. |
Fermi theory of beta decay | teori Fermi pereputan beta | Fizik | Atom dan Nuklear | Teori yang dikemukakan oleh Fermi yang menganggap arus nukleon berinteraksi dengan medan elektron-neutrino bagi menghasilkan pereputan beta. Teori ini beranalogi dengan interaksi antara arus elektrik dan medan elektromagnet bagi pemancaran foton sinaran elektromagnet. |
radioactive equilibrium | keseimbangan radioaktif | Fizik | Atom dan Nuklear | Keadaan apabila kadar penghasilan nuklid oleh pereputan radioaktif adalah sama dengan kadar pereputan nuklid tersebut. |
Q value | nilai Q | Fizik | Atom dan Nuklear | Nilai tenaga yang dibebaskan dalam tindak balas nuklear atau pereputan radioaktif. Contohnya nilai Q bagi pereputan nuklid X kepada nuklid Y dan zarah a ditentukan oleh persamaan: Q = (mx -mY - ma)c², dengan m = jisim dan c = halaju cahaya. Sinonim tenaga penyepaian, tenaga tindak balas. |
beta spectrum | spektrum beta | Fizik | Atom dan Nuklear | Spektrum yang menunjukkan taburan tenaga atau momentum zarah-b yang dipancarkan semasa proses pereputan-b. Spektrum ini biasanya selanjar sehingga mencapai tenaga maksimum dan bentuknya bergantung kepada keadaan sesuatu proses pereputan-b. |