pesticides | racun perosak | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Agen kimia atau biologi yang digunakan untuk menghalang, membunuh atau mengawal makhluk perosak. Makhluk perosak sasaran boleh termasuk serangga, tumbuhan patogen, rumpai, moluska, burung, mamalia, ikan, nematoda dan mikroorganisma yang memusnahkan tanaman, menyebabkan gangguan atau penyebaran penyakit. |
chemosterilant | kemosterilan | Biologi | Ekologi | Racun kimia makhluk perosak yang mengawal perosak dengan memusnahkan sistem pembiakan perosak, misalnya afolat. |
plant pest | perosak tanaman | Pertanian | Agronomi | Serangga atau haiwan yang mengakibatkan kemusnahan kepada tanaman. Perosak tanaman terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu vertebrat dan invertebrat. Contoh perosak vertebrat ialah tikus, tupai, gajah dan babi hutan, manakala perosak invertebrat pula ialah belalang, kumbang, anai-anai, kutu daun, hama dan nematod. Kerosakan akibat perosak tanaman boleh berlaku pada semua peringkat perkembangan organ tanaman dan hasilan. |
pesticide | racun perosak | Biologi | Ekologi | Racun kimia yang digunakan untuk membunuh perosak, seperti serangga, rumpai, kulat, lumut, dan roden. Sesetengah racun perosak boleh mencemarkan air, udara atau tanah, dan bertakung di dalam tubuh manusia, haiwan, dan persekitaran, terutama jika salah digunakan. Beberapa jenis racun perosak boleh mengganggu proses pembiakan burung pemangsa, dan mungkin juga haiwan lain. |
crop scouting | pemantauan tanaman | Pertanian | Agroteknologi | Satu langkah untuk mendapatkan maklumat mengenai kehadiran perosak atau penyakit dalam satu ladang yang luas. Ia merupakan salah satu keperluan dalam sistem pengawalan perosak bersepadu. Pemantau akan membuat tinjauan secara berkala dan sistematik bagi merekodkan kehadiran perosak seperti serangga dan tanda-tanda kerosakan tanaman yang disebabkan oleh perosak berkenaan. Sekiranya bilangan perosak itu rendah dan tidak mungkin mengancam tanaman secara serius sehingga menjejaskan hasil, tidak ada langkah kawalan disyorkan. Sebaliknya, jika bilangan perosak mencecah tahap kritikal yang telah ditentukan, maka langkah kawalan seperti semburan racun serangga akan disyorkan. Kaedah seperti ini akan menentukan racun serangga digunakan secara minimum dan digunakan apabila diperlukan sahaja. |
integrated pest management | pengurusan perosak bersepadu | Pertanian | Agroteknologi | Kaedah pengawalan perosak yang boleh diamalkan secara ekonomi, selain dapat memberikan kesan baik pada persekitaran. Pendekatannya ialah dengan menggantikan penggunaan racun kimia kepada kaedah biologi, seperti penggunaan musuh semula jadi kepada serangga perosak dan agen penyakit. Kaedah ini tidak semestinya menyahkan penggunaan bahan kimia sepenuhnya, tetapi lebih kepada mengurangkan penggunaannya di mana sesuai. Antara contoh pengurusan perosak bersepadu ialah penggunaan kumbang kekura untuk mengawal perosak afid dan penggunaan burung hantu untuk mengawal serangan tikus di kawasan kelapa sawit. |
rodenticide | racun perosak roden | Biologi | Ekologi | Racun perosak yang digunakan untuk membunuh tikus atau roden perosak lain. |
integrated pest management | kawalan perosak bersepadu | Biologi | Ekologi | Kawalan haiwan perosak dengan menggunakan gabungan kaedah-kaedah biologi, kimia, dan budaya. Misalnya, pengenalan pemangsa disertai dengan pembuangan habitat perosak dan penggunaan racun kimia. |
pesticide | racun perosak | Kimia | Tiada | Sebarang bahan yang digunakan untuk membunuh haiwan dan tumbuhan perosak, yang merangkumi racun kulat, racun tikus, racun serangga dan racun rumpai. Kebanyakan racun perosak ini toksik juga kepada manusia. |
persistent perticide | racun perosak kekal | Biologi | Ekologi | Racun perosak yang berada di persekitaran melebihi satu musim pertumbuhan atau setahun selepas digunakan. Misalnya, lindane. |