Sanochrysine poisoning | keracunan Sanochrysine | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada Sanochrysine (formula kimia, Na2Au(S2O3)2.2H2O), iaitu hablur putih berkilat dengan, larut dalam air, tak larut dalam etanol dan kebanyakan pelarut organik lain. Nama dagang bagi natrium ditiosulfatoaurat(III). Bahan ini digunakan sebagai ubat dalam rawatan artritis reumatoid. Tanda utama keracunan termasuk dermatitis, stomatitis, hepatitis, nefritis dan gangguan gastrousus. |
health food | makanan kesihatan | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Makanan atau bahan yang dirumus khas untuk tujuan kesihatan. Makanan ini dikelaskan kepada: (i) Pelengkap diet daripada sumber asli seperti ginseng, bawang putih, dan ekstrak aloe vera; (ii) nutrien individu seperti asid amino, protein ditulen, vitamin, dan garam mineral; (iii) penawar pseudosaintifik seperti enzim, lesitin, dan karnitin; (iv) makanan ditanam secara organik tanpa baja dan racun perosak sintetik; (v) makanan lengkap tanpa proses atau diproses secara minimum seperti bijirin lengkap, beras perang, dan roti mil lengkap; (iv) makanan biasa atau ekstraknya yang boleh melindungi penyakit tertentu seperti saderi, salad, dan teh herba; (vii) makanan diperkaya dengan nutrien. |