pesticide | racun perosak | Kimia | Tiada | Sebarang bahan yang digunakan untuk membunuh haiwan dan tumbuhan perosak, yang merangkumi racun kulat, racun tikus, racun serangga dan racun rumpai. Kebanyakan racun perosak ini toksik juga kepada manusia. |
active ingredient | ramuan aktif | Pertanian | Agroteknologi | Komponen dalam sesuatu racun herba atau racun serangga yang mempunyai daya pemusnahan kepada mangsa racun. Contohnya, racun herba jenama Round-up� mengandungi glifosat sebagai ramuan aktif kerana bahan kimia tersebut berfungsi menghapuskan rumpai melalui sekatannya terhadap sintesis protein. Namun, glifosat hanya merangkumi 12% hingga 36% daripada ramuan racun ini kerana selainnya terdiri daripada bahan yang tidak memberi kesan secara langsung kepada tumbuhan dan ia dinamai sebagai bahan lengai. |
contact herbicide | racun herba kontak | Pertanian | Agronomi | Jenis racun herba yang bertindak hanya kepada bahagian tumbuhan yang disentuh oleh racun tersebut. Pada amnya, racun jenis ini memberi kesan yang cepat dengan melecurkan bahagian yang disentuh tetapi tidak meresap kepada bahagian akar atau batang yang tidak terkena racun. Contohnya, racun herba kontak jenis Paraquat. Oleh itu, racun herba kontak tidak begitu berkesan dalam jangka masa panjang untuk mengawal rumpai yang mempunyai rizom seperti lalang. |
agrichemical/agrochemical | bahan kimia tani | Pertanian | Agroteknologi | Bahan kimia yang digunakan sebagai input kepada pengeluaran tanaman. Bahan ini termasuklah baja kimia, racun rumpai, racun serangga, racun kulat, pengawal atur pertumbuhan, dan bahan pengawet hasil tuaian. Penggunaan bahan kimia ini perlu mengikut peraturan keselamatan seperti menggunakannya dalam kadar yang disyorkan dan memakai pakaian keselamatan untuk melindungi pengguna. Dalam sistem pertanian organik, bahan kimia tani tidak boleh digunakan sama sekali. |
zootoxin | zootoksin | Farmasi | Farmakologi | Bahan toksik (toksin) atau beracun yang berasal daripada haiwan. Contohnya, racun ular, racun labah-labah dan racun kala jengking. |
poisoning | keracunan | Perubatan | Tiada | Keadaan akibat termakan racun, sama ada racun kimia atau racun mikroorganisma. Antara gejala keadaan ini ialah mual, muntah-muntah dan sakit perut. Misalnya, keracunan makanan dan keracunan akibat dadah. |
Chemical control | Kawalan kimia | Pertanian | Agronomi | Kaedah penggunaan bahan kimia seperti herbasid, racun serangga dan racun kulat dalam pengawalan masalah rumpai, perosak dan penyakit yang melanda sesuatu kawasan tanaman. Racun herba disembur kepada tumbuhan rumpai, manakala racun serangga dan kulat disembur kepada tanaman. Kebanyakan bahan kimia tersebut adalah toksik kepada manusia dan perlu dipastikan sisa bahan kimia tersebut tidak mencemari bahan yang dituai. Contohnya, racun glifosat untuk mengawal kawalan. |
heptachlor | heptaklor | Biologi | Ekologi | Racun serangga organoklorin. Racun ini terurai di dalam tanah menjadi heptaklor � epoksid yang stabil dan sangat beracun. Racun ini sangat berbahaya kerana selain boleh membunuh serangga perosak ia juga boleh membunuh cacing, dan organisma tanah yang lain. |
pesticide tolerance | ketoleranan racun perosak | Biologi | Ekologi | Keupayaan organisma menahan kesan racun perosak, atau sisa racun kimia di dalam atau pada makanan. |
pesticide | racun perosak | Biologi | Ekologi | Racun kimia yang digunakan untuk membunuh perosak, seperti serangga, rumpai, kulat, lumut, dan roden. Sesetengah racun perosak boleh mencemarkan air, udara atau tanah, dan bertakung di dalam tubuh manusia, haiwan, dan persekitaran, terutama jika salah digunakan. Beberapa jenis racun perosak boleh mengganggu proses pembiakan burung pemangsa, dan mungkin juga haiwan lain. |