antirecovery device (mine) | peranti antiperoleh (ranjau) | Pelayaran | Tiada | Alat yang dibina bersama ranjau letupan agar meletup bila diganggu. |
isotopic spike | ranjau isotop | Geologi | Tiada | Tiada |
magnetic mine | ranjau magnet | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
ideograph | ideograf | Kesusasteraan | Tiada | Tanda atau gambar yang digunakan dalam sistem tulisan untuk menyampaikan sesuatu idea, aksi, benda dan sebagainya, yang lebih utama berbanding perkataan. Dalam novel berjudul Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad, sangkar yang digunakan untuk mengurung Jeha, menyimpan alat-alat untuk mengerjakan sawah, dan menyimpan padi yang telah dituai boleh dianggap sebagai ideograf. Tujuannya untuk menyampaikan idea keterjebakan keluarga Lahuma dalam suatu kemelut kemiskinan (sebagai petani) yang tidak berkesudahan. Tulisan Cina dan Jepun dikatakan menggunakan bentuk ideograf. Ideograf berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �tanda peribadi�. Ideograf dikenali juga sebagai ideogram. |
background | latar | Kesusasteraan | Tiada | Ruang, masa dan situasi yang menjadi konteks kepada sesuatu peristiwa dalam karya sastera. Ruang merujuk kepada tempat fizikal seperti bilik, kampung dan bandar. Contohnya, Kampung Banggol Derdap dalam Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad. Masa merujuk kepada waktu, musim dan zaman seperti zaman perang dalam novel Patah Sayap Terbang Jua karya A. Samad Ismail. Situasi merujuk kepada keadaan sosial, ekonomi, politik, budaya dan agama. Contohnya, pergolakan politik menjadi latar penulisan novel Anugerah karya Zaharah Nawawi. Latar memainkan peranan penting untuk melahirkan suasana dan mood yang mampu membangkitkan emosi dan kesan mental terhadap penonton. Dalam drama, latar merujuk kepada tirai latar dan peralatan pentas yang digunakan. |
hybridization | pengacukan | Kesusasteraan | Tiada | Adunan dua suara dalam suara pertuturan (atau sesuatu ayat) yang melibatkan kombinasi suara narator dengan suara watak. Adunan biasanya ditemui dalam karya naratif. Adunan ini dilakukan tanpa memperlihatkan secara jelas suara-suara yang terlibat. Contoh, �hidup mati susah senang di tangan Tuhan� dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad. Kadangkala pengacukan ini digunakan bagi menimbulkan kesan ironi untuk mengkritik masyarakat. Penggunaan pengacukan turut diketengahkan oleh Bakhtin (1930) dalam kajian beliau mengenai jenis-jenis heteroglossia. Lihat juga ironi. |
implied reader | pembaca tersirat | Kesusasteraan | Tiada | Pembaca yang diingini dalam imaginasi pengarang semasa pengkaryaan. Seseorang pengarang mengandaikan bahawa pembaca tersirat sependapat dengannya mengenai watak dan situasi yang dialami dalam cerekanya. Pembaca tersirat yang diinginkan biasanya dapat ditanggapi oleh pengarang melalui bentuk dan isi cereka tersebut. Contohnya, pembaca tersirat dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad ialah pembaca yang sedia maklum tentang kesusahan dan kesukaran kehidupan di kampung, khususnya masyarakat tani. |
proletarian literature | sastera proletarian | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk karya sastera yang mengisahkan kehidupan masyarakat kelas bawahan. Tujuannya adalah sebagai suatu propaganda untuk mengutarakan masalah ekonomi dan sosial kelas bawahan terhadap golongan atasan atau pemerintah. Contoh karya sebegini ditemui dalam novel karya Walter Greenwood bertajuk Love on the Dole. Contoh dalam sastera Melayu ialah novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad. |
regionalism | kedaerahan | Kesusasteraan | Tiada | Semangat kewilayahan yang ditunjukkan dalam kesusasteraan (semua genre) melalui loghat, dan pemaparan suasana, tingkah laku, kepercayaan, nilai, sejarah atau persekitaran sesuatu kawasan geografi. Semangat kedaerahan yang mendalam dapat mendorong penulis mencipta secara tepat suasana, pertuturan, adat resam, kepercayaan, dan sejarah sesuatu tempat. Karya daerah yang baik seperti puisi Robert Frost dan Robert Lowell mampu melangkau batasan kedaerahan dan berupaya mencapai wawasan yang universal. Penulis Melayu yang banyak memanfaatkan semangat kewilayahan ialah Shahnon Ahmad melalui karyanya berjudul Ranjau Sepanjang Jalan, dan Srengenge, dan S. Othman Kelantan melalui karyanya bertajuk Jogho. Contoh karya sastera Arab ialah novel Du�a�al-Karawan oleh Taha Husayn, manakala contoh karya sastera Parsi ialah Tangsir oleh Sadiq Chubak. |
naturalism | naturalisme | Kesusasteraan | Tiada | Gerakan sastera yang melihat manusia sebagai mangsa pasif kuasa alam dan persekitaran sosialnya. Sebagai gerakan sastera, naturalisme bermula di Perancis dan diterajui oleh Emile Zola. Penganut naturalisme berpegang kepada pendapat yang menyatakan bahawa sesebuah karya perlu ditulis secara objektif berdasarkan penyelidikan yang rinci tentang kehidupan manusia. Tema yang menjadi tumpuan ialah tema yang kurang diterokai seperti pelacuran, obsesi seksual, kebuluran, persoalan baka dan sebagainya. Contohnya, novel Salina oleh A. Samad Said menggambarkan secara realisitik dan rinci tentang pahir getir kehidupan seorang pelacur selepas perang. Novel Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad pula menggambarkan bencana alam dan kesukaran yang melanda kehidupan keluarga petani. |