random walk | perjalanan rawak;lintasan rawak | Kejuruteraan | Tiada | Lintasan rawak: Lintasan yang diikuti oleh sesuatu zarah dalam langgaran rawak dalam sesuatu medium. |
random mating | pengawanan rawak; penjodohan rawak | Kependudukan | Tiada | Tiada |
normalized random variable | pemboleh ubah rawak ternormal | Matematik | Tiada | Transformasi yang menukarkan pemboleh ubah rawak X kepada pemboleh ubah rawak tertabur normal atau yang hampir sedemikian adalah transformasi penormal dan pemboleh ubah rawak baru digelar pemboleh ubah rawak ternormal. |
random sample | sampel rawak | Pertanian | Agronomi | Sampel yang diperoleh dengan kaedah mengelakkan bias, seperti menggunakan penomboran rawak atau cabutan. Sampel rawak penting untuk menentukan data kajian dapat dianalisis secara statistik. |
random molecular velocity | halaju molekul rawak | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Halaju molekul yang diambil sebagai rawak apabila diperhatikan melalui satu unsur keluasan sistem. Bagi sistem gas cair, halaju rawak molekul dianggarkan oleh teori kinetik gas sebagai u = (8kBT/pm)1/2, dengan u = halaju molekul rawak. T = suhu, m = berat molekul, kB = pemalar Boltzmann. |
random process generator | penjana proses rawak | Pentadbiran | Tiada | Fungsi yang menukarkan nombor rawak yang bertaburan seragam kepada nombor rawak yang tidak seragam. |
stratified random sample | sampel rawak berstrata | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Satu bentuk contoh kebarangkalian yang diambil secara rawak di kawasan atau tapak yang dibahagikan kepada strata semula jadi seperti kawasan tanaman atau hutan. Setiap strata diberikan nombor dan dipilih secara rawak bagi mewakili keseluruhan populasi. Sampel rawak berstrata biasanya tidak lengkap tetapi dapat mewakili strata secara umum. |
random assortment | penyusunan rawak | Sains Forensik | Tiada | Proses pemisahan dan pengasingan kromosom semasa meiosis. Penyusunan secara rawak ini menghasilkan gamet yang unik dari segi genetiknya. Hukum penyusunan rawak merupakan asas kepada keseimbangan rangkaian dan keseimbangan Hardy-Weinberg yang akan diuji oleh ahli forensik DNA semasa memeriksa pangkalan data populasi DNA forensik. Lihat juga keseimbangan Hardy-Weinberg. |
distribution | taburan | Matematik | Tiada | Fungsi yang menggambarkan kebarangkalian sesuatu pemboleh ubah rawak mengambil nilai-nilai tertentu. Katalah X suatu pemboleh ubah rawak yang mengambil nilai-nilai nyata. Biar R menandakan set semua nombor nyata. Bagi A ⊆ R, P (X ∈ A) mewakili kebarangkalian bahawa nilai X terletak dalam A. Taburan bagi pemboleh ubah rawak X bermaksud bagaimana nilai P (X ∈ A) berubah dengan set A. Jika X ialah pemboleh ubah rawak jenis diskret, taburan X memang ditetapkan oleh nilai P (X = u) bagi semua u ∈ R. Fungsi f(u) = P (X = u) bagi u ∈ R dikenali sebagai fungsi ketumpatan kebarangkalian bagi X. Jika X ialah jenis selanjar, fungsi F (x) = P (X ≤ x) bagi x ∈ R dapat menentukan taburan X; F dikenali sebagai fungsi taburan bagi X. |
shotgun experiment | eksperimen rawak | Biologi | Genetik | koleksi rawak sampel serpihan DNA terklon sesuatu organisma yang cukup banyak untuk membina satu perpustakaan gen terklon bagi organisma tersebut. |