Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ha.ja] | سهاج

Definisi : 1. yg satu-satunya, cuma, hanya, melainkan: tuan ~ yg dapat menolong saya; 2. selalu (demikian), terus (demikian): ia mengeluh ~; 3. juga (demikian), juga (begitu): muzik sama ~ mustahaknya dgn bahasa atau kesusasteraan; 4. barang ... pun, sebarang: apa ~; siapa ~; di mana ~; bila ~; 5. dgn mudah, dgn senang: disembelihnya ~ kijang yg tidak dapat berlari lagi itu; 6. -lah (sbg anjuran), lebih baik: makan ~ apa yg ada; 7. sangat (utk mengeraskan kata sebelumnya), sekali: mudah ~ mengalahkan orang itu; 8. sememangnya, memang: ~ sebenarnyalah pekerjaan spt titah duli tuanku itu; 9. sengaja, dgn niat sendiri: ~ aku mengerjakan umrah dan ihram dengannya kerana Allah Taala; 10. spt biasa (tidak ditambah-tambah): dgn mata ~ dapat dilihat bintang itu; ~ bahasan prb sudah menjadi kebiasaan; bersahaja, bersahaja-sahaja 1. sederhana (pakaian dll), tidak ditokok tambah (dihiasi dll), tidak secara berlebih-lebihan, biasa: perayaan yg ~; 2. sewajarnya, tidak dibuat-buat (dipaksa-paksakan dsb): watak-watak kelihatan hidup, bertindak mengikut pe­ngaruh sekitar yg melingkunginya sehingga pertentangan yg ada menjadi ~ dan meyakin-kan; 3. dlm keadaan kuno, primitif: mereka itu dapat hidup di tengah-tengah rakyat yg masih ~ dlm hutan; kebersahajaan sifat atau keadaan bersahaja: ~nya menyampaikan ceramah itu menarik perhatian pendengar; menyahaja sl melakukan sesuatu dgn sengaja: bukan disahaja sebab akal budak; menyahajakan 1. menyederhanakan, memu-dahkan; 2. melakukan dgn sengaja; kesahajaan perihal sahaja, kesederhanaan; persahajaan perihal bersahaja; saja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ha.ja] | سهاج

Definisi : saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.ha.ja] | سهاج

Definisi : 1 memang demikian (ke­adaannya dll); sudah sememangnya: Jika layu rumput di halaman Yang Dipertuan, ~ spt titah yg maha mulia itu patik kerjakan. 2 tidak perlu ditokok atau ditambah; apa-apa yg ada: Dgn mata kasar ~ pun, kita dpt melihatnya dgn jelas. Makin ~, makin elok parasnya. 3 dgn sengaja; dgn rela hati; tidak dipaksa-paksa: ~ aku sembahyang subuh, dua rakaat tunai kerana Allah Taala. bersahaja dgn apa-apa yg ada; tidak berlebih-lebih; sederhana: pakaian yg ~; hidup ~. menyahajakan melakukan sesuatu dgn sengaja. mempersahajakan men­­jadikan bersahaja (sederhana); me­mudahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sahaja (kata tugas)
1. Bersinonim dengan satu-satunya: cuma, hanya, melainkan, semata-mata, belaka,

2. Bersinonim dengan selalu: sering, terus, berlarut-larut, berlanjutan, berpanjangan, tidak putus-putusnya, sentiasa, selamanya, sepanjang masa,
Berantonim dengan jarang-jarang

3. Bersinonim dengan juga: jua

4. Bersinonim dengan sebarang: pun, juga, jua,

5. Bersinonim dengan dengan niat: sengaja, dibuat-buat, sengeleng,

Kata Terbitan : bersahaja, bersahaja-sahaja, menyahajakan,

Puisi
 

Pinang muda sedang dicacak,
     Cacak sahaja di dalam cawan;
Orang muda sedang berkacak,
     Kacak sahaja belum melawan.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

48

Don't bite off more than you can chew

Jangan lakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang tidak mampu ditangani atau yang melebihi kebolehan diri.

Baru bertatih hendak berlari, tersembam

Don't bite off more than you can chew. This mega project is far too complex to be handled by a single person. You'd better forget.

Baru bertatih hendak berlari, tersembam. Projek raksaksa itu terlalu rumit dan sukar untuk kau tangani seorang. Lebih baik kau lupakan sahaja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(15)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
monocyclic diseasepenyakit ekakitarBiologiPatologiPenyakit yang mempunyai satu kitar penyakit sahaja, iaitu berlangsung sekali sahaja pada sesuatu perumah dalam satu musim tanam. bd. penyakit polikitar.
milk naqispemilikan tidak sempurnaPerniagaan IslamTiadaPemilikan sesuatu benda sahaja sama ada barang atau faedah. Contoh pemilikan barang sahaja ialah hak pemilikan waris terhadap harta, rumah atau kereta sedangkan faedah menduduki rumah atau menggunakan kereta telah diwasiatkan untuk tempoh tertentu bagi dinikmati oleh pihak penerima wasiat. Contoh pemilikan faedah sahaja ialah penyewa jentera memiliki hak menikmati faedah penggunaannya dalam akad ijarah. Pemilikan barang sahaja dikenali sebagai milk ‘ain atau milk riqbah. Pemilikan faedah sahaja dikenali sebagai milk manfa‘ah. Milk manfa‘ah boleh wujud dalam muamalat pinjaman barangan, sewaan, wakaf, wasiat dan ibahah. Sinonim milk da‘if.
programmable read-only memory (PROM)ingatan baca sahaja boleh atur caraTeknologi MaklumatTiadaIngatan Baca Sahaja yang kosong dan boleh diatur cara. Sekali ditulis atur cara, kandungannya tidak boleh diubah lagi. Kebiasaannya atur cara ini di tulis oleh pengeluar ROM. Lihat ingatan baca sahaja (ROM).
Erasable Programmable Read Only Memory (EPROM)Ingatan Baca Sahaja Boleh Atur Cara-PadamTeknologi MaklumatTiadaIngatan baca sahaja yang kandungannya boleh berkali-kali diatur cara dengan menggunakan pengatur cara EPROM dan di padam dengan menggunakan tatacara sinar ultra ungu. Lihat ingatan baca sahaja boleh atur cara.
exclusive bus lanelorong bas sahajaKejuruteraan AutomotifTiadaLorong yang dikhaskan untuk bas sahaja. Sinonim: bus-only lane.
bus-only lanelorong bas sahajaKejuruteraan AutomotifTiadaLorong yang dikhaskan untuk bas sahaja.
accident only policypolisi kemalangan sahajaPentadbiran PerniagaanTiadaPerlindungan insurans yang khusus untuk kemalangan sahaja.
single occupancy vehicle (SOV)kenderaan pemandu sahajaKejuruteraan AutomotifTiadaKenderaan yang membawa seorang pemandu sahaja.
account payee onlyakaun penerima sahajaPentadbiran PerniagaanTiadaPenunaian cek yang hanya boleh dibuat melalui akaun pemegang sahaja.
ROM (read only memory)ROM (ingatan baca sahaja)Teknologi MaklumatTiadaIngatan yang kandungannya boleh ditulis sekali sahaja (selalunya di kilang) dan boleh dibaca banyak kali. Lihat juga RAM (random access memory)
12345678910...

Kembali ke atas