forgetting | kelupaan | Psikologi | Psikologi Umum | Kegagalan untuk menjejak sesuatu maklumat yang tersimpan dalam ingatan. Kebanyakan maklumat akan dilupai sebaik sahaja dipelajari. Menurut kenyataan Ebbinghaus yang memplotkan graf kelupaan, sesuatu kelupaan maklumat boleh berlaku sebaik sahaja individu itu menerimanya. Walau bagaimanapun, kadar kelupaan ini akan berkurangan sehingga selepas satu tempoh, misalnya 9 jam. Selepas tempoh tersebut, ingatannya akan stabil dan kekal dalam masa yang agak lama. Sekiranya maklumat yang diperoleh individu berkait dengan maklumat yang tersimpan, maklumat itu akan sukar untuk dilupakan. |
presystole | prasistole | Biologi | Fisiologi | Selang masa sebaik sahaja sebelum sistole. |
lysocline | lisoklin | Geologi | Tiada | Aras atau kedalaman laut sebaik sahaja kadar pelarutan kalsium karbonat melebihi gabungan kadar pemendapan dan kerpasannya. |
primary dentine | dentin primer | Perubatan | Tiada | Dentin yang terbentuk sebaik sahaja selepas germa gigi terposisi di posisi anatominya. |
daily print | tera harian | Komunikasi | Tiada | Proses mencuci filem sebaik sahaja selepas penggambaran pada hari berkenaan tamat. Tujuannya ialah untuk meneliti kelemahan atau kekuatan tangkapan yang telah dilakukan. Biasanya, set penggambaran tidak akan dirobohkan selagi tangkapan yang dilakukan tidak memuaskan pengarah. |
bleed | salir darah | Perikanan | Tiada | Proses membuang darah ikan sebaik sahaja ikan dipancing dengan memotong bahagian atas belakang kepala ikan. Proses ini menghalang ikan daripada cepat busuk. |
stand tubing | sandar tetiub | Kejuruteraan | Tiada | Menyandarkan tetiub pada derik sebaik sahaja tetiub dikeluarkan dari telaga. |
colostrum | kolostrum | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Rembesan pertama daripada buah dada, berlaku sebaik sahaja, atau kadang kala sebelum kelahiran. |
post-implementation review | penilaian pascapelaksanaan | Teknologi Maklumat | Tiada | Pengauditan sistem baharu sebaik sahaja dilaksanakan untuk melihat keberkesanannya dan sama ada sistem ini telah memenuhi keperluan pengguna. |
immediate denture | dentur serta merta | Perubatan | Tiada | Dentur yang dibina untuk dipasangkan sebaik sahaja gigi asal dicabut. |