support | sokong | Sukan | Tiada | 1. Sokong: Bersip sedia untuk memberi bantuan sokongan semasa atlet melaksanakan sesuatu unsur. |
bolus | bolus | Veterinar | Tiada | 1. Bahan yang berbentuk hampir spera yang berukuran 3-6 cm panjang dan 1 cm diameter yang terdiri sama ada makanan, ubat-ubatan atau bekalan mineral untuk ternakan terutamanya haiwan ruminan. 2. Bebola makanan yang telah dikunyah dan bercampur dengan air liur yang sedia untuk ditelan. Bebola ini boleh berupa kaca yang melarut dengan perlahan yang mengandungi kuprum, selenium dan kobalt sebagai sumber pelengkap mineral surih. Selalunya mineral surih ini digabungkan dengan natrium, fosforus, kalsium dan magnesium oksida dan boleh membekalkan kesemua unsur ini bagi tempoh 12 bulan. Kadang-kadang alat ini ditambah dengan bahan lain seperti ubat untuk mengawal jangkitan parasit. |
add | tambah | Matematik | Tiada | 1. Melakukan operasi membanyakkan atau mempertingkatkan kuantiti yang sedia ada, biasanya disimbolkan dengan +. |
continuation | perselanjaran; sambungan | Perpustakaan | Tiada | 1. Karya yang dihasilkan sebagai tambahan kepada karya yang telah sedia diterbitkan.,2. Bahagian sesebuah serial, siri atau buku yang dikeluarkan secara berterusan. |
academic aptitude | kecenderungan akademik | Pendidikan | Tiada | 1. Berkeupayaan menyelesaikan masalah yang abstrak secara intelek. 2. Kebolehan yang sedia ada dan diperoleh melalui pembelajaran yang diperlukan untuk kejayaan dalam situasi persekolahan. 3. Gabungan ciri peribadi dan tingkah laku yang diperlukan untuk kejayaan dalam situasi pembelajaran. |
half time | separuh masa | Sukan | Tiada | Pertengahan masa pukul sedia iaitu kira-kira 2 1/2 minit. |
hot site | tapak panas | Teknologi Maklumat | Tiada | 1. Tapak sandaran yang dilengkapi kelengkapan komputer yang sama dengan sistem komputer yang sedia ada di organisasi anda. Banding: cold site. 2. Dalam WWW, rujukan kepada tapak web yang amat popular. |
action architecture | seni bina aksi | Kesenian | Seni Bina | 1. Seni bina yang berubah-ubah melalui lakaran tanpa lukisan terperinci dan menggunakan bahan yang sedia ada serta mudah didapati. 2. Evolusi reka bentuk yang sentiasa berulang-ulang berdasarkan satu konsep. Contohnya, bangunan Parlimen Scottland. |
isolated pore | pori terpencil | Kejuruteraan | Petroleum | 1) Pori yang wujud bersendirian, terpisah daripada pori-pori lain. pori seperti ini biasanya wujud dalam butiran dan boleh disebut sebagai pori jenis ia butiran. 2) Pori jenis saling bersambungan tetapi sangat kecil sehingga bendalir yang sedia terdapat di dalamnya tidak dapat bergerak disebabkan oleh tarikan daya rerambut. Oleh itu, walaupun pori ini bersambungan dengan pori jiran tetapi dari segi sifat pengaliran bendalir, kesannya sama dengan kesan yang diberikan oleh pori yang wujud bersendirian. |
discrete multi-tone (DMT) | multinada diskret (DMT) | Teknologi Maklumat | Tiada | Teknologi untuk menghantar isyarat video, data, imej atau suara dengan kelajuan melebihi 6 megabit per saat melalui wayar pasangan kuprum sedia ada dengan menggunakan pemproses isyarat digital. Teknologi ini menyediakan lapan saluran iaitu 4 saluran "A" pada kadar 1.5 juta bait per saat, satu saluran ISDN "H zero" pada kadar 384Kbps, satu saluran ISDN kadar asas, satu saluran isyarat/kawalan pada kadar 16Kbps, dan satu saluran pengendalian terbenam (embedded). Teknologi ini juga membenarkan pengguna telefon biasa menerima/membuat panggilan pada gandingan kuprum sedia ada tanpa mengganggu saluran penghantaran digital lain. |