Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bidang yg berkaitan dgn kerajaan dan orang ramai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sektor (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan bahagian: daerah, kawasan, zon, blok, cawangan,

2. Bersinonim dengan bidang: jurusan, pihak, kategori, peringkat, tingkatan, jenis, kelas, cabang.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
public sector agencyagensi sektor awamPentadbiranPentadbiran Awam

Pertubuhan, syarikat atau badan yang melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang berorientasikan kepada matlamat kerajaan. Agensi sektor awam merupakan jentera pentadbiran yang menjalan dan melaksanakan hasrat serta objektif kerajaan berdasarkan garis panduan yang tertentu untuk menjamin kebajikan dan keselamatan orang ramai. Agensi ini boleh dikategorikan kepada pelbagai aspek seperti syarikat perniagaan, badan kebajikan, peningkatan produktiviti dan pembangunan masyarakat. Setiap agensi mempunyai bidang tugas dan tanggungjawab masing-masing, namun masih tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Contohnya, Dewan Bahasa dan Pustaka, FELDA, FINAS, BSN dan MARA.

public sector leadershipkepimpinan sektor awamPentadbiranPentadbiran Awam

Corak atau kaedah pentadbiran kerajaan yang melibatkan keupayaan mentadbir organisasi secara cekap, mantap dan efektif. Kepimpinan sektor awam memberikan penekanan kepada penerapan nilai-nilai murni dan daya saing yang mementingkan kebolehan serta prestasi kerja yang berkualiti. Dalam pada itu, elemen kepimpinan ini turut merangkumi keupayaan menjana pendapatan; menyelaras dan mengawal operasi dan guna tenaga; mengawas dan memantau perjalanan program serta membina jaringan hubungan yang luas. Dalam konteks pentadbiran awam, daya kepimpinan, inovasi serta kelayakan, pengalaman dan kemahiran mempengaruhi proses pemilihan pegawai-pegawai ke jawatan yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, pihak pengurusan dan pentadbiran sektor awam masing-masing terikat dengan garis panduan yang termaktub di dalam Pekeliling Perkhidmatan Awam.

public sectorsektor awamPentadbiranTiadaTiada
public sectorsektor awamEkonomiTiadaTiada
public sectorsektor awamPentadbiranTiadaTiada
Malaysia IncorporatedPersyarikatan MalaysiaEkonomiTiadaSistem kerjasama antara sektor awam dengan sektor swasta supaya kedua-dua belah pihak dapat mencapai matlamat pembangunan untuk kepentingan bersama dalam jangka panjang.
public sectorsektor awamPentadbiranPentadbiran Awam

Bahagian perkhidmatan yang diwujudkan dan dikendalikan oleh pihak kerajaan untuk menyediakan pelbagai kemudahan dan memenuhi keperluan serta kepentingan awam. Sektor ini turut berperanan menyediakan pelbagai infrastruktur, peluang pekerjaan, kebajikan dan keselamatan dan mempermudah pelbagai urusan. Di samping itu, ia turut berperanan menguruskan pembangunan dan menjana pendapatan negara. Operasi sektor ini tidak berorientasikan keuntungan dan bertindak sebagai nadi penggerak ke arah kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Namun, memandangkan sifatnya yang besar dan kompleks serta sangat berhierarki, ia sering kali dilihat sebagai kurang cekap dan sarat dengan karenah birokrasi.

life-cycle initiativeinisiatif kitar hayatTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPerkongsian antara sektor awam dengan swasta serta pelbagai pihak berkepentingan yang membantu penggubal dasar untuk membuat keputusan yang cepat dan cekap. Inisiatif ini boleh menyelesaikan masalah perdagangan yang melibatkan isu-isu alam sekitar, sosial dan ekonomi ke arah pembangunan mampan.
Government Technology (GovTech)Kerajaan Berteknologi MajuPentadbiranTiadaPendekatan keseluruhan kerajaan untuk pemodenan sektor awam. GovTech menekankan tiga aspek, iaitu perkhidmatan awam yang mudah diakses dan berpaksikan rakyat, transformasi kerajaan digital serta sistem kerajaan yang cekap, telus dan tidak rumit. (RMK12)
mixed economyekonomi campuranEkonomiTiadaSistem ekonomi yang sebahagian peruntukan sumbernya dikawal oleh sektor swasta, dan sebahagian lagi oleh sektor awam. Ini bererti sistem ini menggabungkan unsur-unsur sistem ekonomi kapitalis dan sistem ekonomi sosiolis. Sinonim sistem campuran, sistem ekonomi campuran.
1234

Kembali ke atas