Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.bur] | سمبور

Definisi : 1. sesuatu (kunyahan sirih dll) yg dipancutkan dr mulut (utk mengubat penyakit dll); ~ jampi (mantera) cara mengubat penyakit dgn jampi dan sembur; 2. ki kata-kata yg kasar (dikeluarkan kerana marah dll), makian, hamun: kelasi yg kena ~ ini kembali mem-bersihkan geladak spt biasa; spt polong kena ~ prb berlari lekas-lekas kerana ketakutan; bersembur-sembur keluar memancut atau memercik (darah, air, dll), berpancaran: dr belakang lehernya darah ~ keluar; bersembur-semburan saling memancarkan (air dll): mandi ~ di sungai; menyembur 1. keluar dgn memancut, me-mancar: sungai yg arusnya kuat, airnya merecik dan ~ menyebabkan udara di sekitarnya begitu nyaman; 2. = menyemburi mengubati (penyakit) dgn jampi dan sembur: ibu hanya disembur dgn air sirih dan jampi mantera; 3. = menyemburi memancarkan sesuatu (cat, air dll) pd: ~ dinding dgn cat berwarna biru; 4. ki mengeluarkan kata-kata dgn kasar, menghamun, memaki: drpd mulut-nya ~ entah beberapa ratus perkataan yg tidak dapat difahami; sembur-menyembur saling menyembur, ber-sembur-semburan; menyemburkan 1. memancarkan atau me-mancutkan sesuatu (kunyahan sirih, air, dll) drpd mulut: sambil itu ia ~ sepah-sepah sirih itu ke sekelilingnya; 2. memancarkan sesuatu kpd (dgn penyembur): Jamilah sedang ~ minyak wangi ke badan dan tengkuknya; tersembur 1. terpercik (terpancar) keluar: seorang berdua berdekah gelak hingga ~ biji nasi yg masih belum terkunyah; 2. kena sembur, disembur; 3. terkeluar atau terbit dgn tiba-tiba (kata-kata dll): belum sempat Asrul melangkah keluar, tengking Puan Hayati ~ keluar; ~ gelak Mn tiba-tiba ketawa; semburan 1. sesuatu yg terpancar (ter­pancut) keluar, pancaran: ~ halus minyak bahan api itu terbakar dgn serta-merta; 2. ki makian, marah: dgn ~ kata-kata itu, bapa berubah dr gelegar buluh ke kepala bendul; bersemburan keluar memancut atau memercik (darah, air, dll), bersembur-sembur: darah ~ keluar dr rusuknya; penyemburan perbuatan menyembur(kan); penyembur 1. sesuatu (ubat-ubatan dll) yg di-semburkan; 2. alat utk menyemburkan sesuatu: ~ cat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.bur] | سمبور

Definisi : sesuatu (kunyahan sirih dll) yg dipancutkan dr mulut. kena ~ a. terkena benda-benda kunyahan yg dipancutkan dr mulut. b. ki kena marah atau kena maki. bersembur keluar memancar atau memancut: Darah ~ ke mukanya. menyembur 1 mengubati sesuatu penyakit dgn jampi dan sembur. 2 menyebabkan sesuatu disembur dgn: Dia ~ keretanya dgn cat berwarna biru. menyemburkan 1 memancarkan se­suatu dr mulut: Dia kemudian ~ sepah-sepah sirih itu pd badan orang yg sakit. 2 membuat sesuatu keluar memancar; memancarkan: Kita dpt membunuh nyamuk dgn ~ ubat nyamuk di tempat-tempat nyamuk menyorok. semburan sesuatu yg memancut atau memancar ke luar; pancaran. penyemburan perbuatan (hal dsb) menyembur atau menyemburkan sesuatu. penyembur alat yg digunakan utk menyembur atau utk menyemburkan sesuatu: ~ racun serangga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sembur (kata nama)
1. Bersinonim dengan jampi: tiup, hembus, bura,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan makian, hamun, cacian, penghinaan, carut, nista, cercaan, celaan, kejian, semprotan,
Berantonim dengan pujian

Kata Terbitan : bersembur-sembur, bersemburan-semburan, menyembur, menyemburi, menyemburkan, tersembur, semburan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
spray paintingcat sembur; lukisan semburKesenianTiada1. Pengecatan yang dibuat dengan menggunakan alat sembur atau tin aerosol.,2. Lukisan cat yang dilukis dengan cara menyembur cat.
air brush renderinglukisan realistik berus sembur; pelukisan realistik berus semburKesenianTiada1. Lukisan realistik yang menggunakan berus sembur.,2. Proses membuat lukisan realistik dengan menggunakan berus sembur.
air streamssembur angin (sembur udara)SukanTiadaAngin tiruan yang disembur dengan asap untuk kajian aerodinamik.
blast jointputing semburKejuruteraanPetroleumLihat sambungan sembur.
blast jointsambungan semburKejuruteraanPetroleumSinonim : puting sembur Peranti yang berfungsi menahan tindakan penggerukan dan penghakisan oleh bendalir formasi. Peranti ini berupa paip yang disambungkan pada rentetan tetiub dan ditempatkan tepat di hadapan selang penebukan di dalam pelengkapan berganda. Paip ini dibuat daripada bahan yang tahan lasak dan tahan panas, serta diperkeras atau dilapisi dengan bahan bingkas seperti getah. Tersedia dalam berbagai-bagai ukuran panjang, iaitu 10, 20 dan 30 kaki.
aerosol spray paintcat sembur aerosolKesenianTiadaCat sembur yang menggunakan bahan aerosol.
air brushingsapu semburKesenianTiadaProses melukis menggunakan berus sembur.
annular blowout preventorpencegah sembur liar anulusKejuruteraanTiadaPencegah sembur liar yang digunakan untuk mengedap anulus.
fan-spray nozzlemuncung kipas-semburKejuruteraanTiadaMuncung pada hujung salur keluar kipas-sembur.
spray dryingpengeringan semburMakanan dan PemakananMakananKaedah pengeringan makanan berbentuk cecair melalui pengabus sehingga menjadi kabus. Apabila kabus terdedah kepada udara yang panas, air akan tersejat dan menjadi serbuk halus. Contoh produk pengeringan sembur ialah susu tepung.
12345678910...

Kembali ke atas