ram blowout preventer | pencegah semburan keluar pelantak | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim : pencegah pelantak Pencegah semburan keluar yang menggunakan pelantak untuk mengedap tekanan yang terjadi di lubang telaga semasa dilakukan operasi mencegah semburan keluar. Penggunaannya boleh dilakukan tanpa mengira sama ada terdapat paip di dalam lubang telaga berkenaan atau tidak. |
annular blowout preventer | pencegah semburan keluar anulus | Kejuruteraan | Petroleum | Injap yang besar yang selalu dipasang di atas pencegah pelantak yang digunakan pada telaga bagi mencegah terjadinya semburan keluar. Injap ini digunakan untuk mengedap ruangan anulus ketika kemungkinan terjadinya semburan keluar semasa paip gerudi masih berada di dalam lubang atau mengedap seluruh lubang ketika paip gerudi tidak berada di dalam lubang gerudi. |
spray reagent | bahan uji semburan | Herba | Fitokimia | Bahan uji yang digunakan dalam analisis kromatografi lapisan nipis untuk mengesahkan kehadiran sesuatu sebatian secara semburan. Ekstrak atau pecahan sesuatu tumbuhan dibuat profil kromatografi lapisan nipisnya dengan menggunakan pelarut yang sesuai. Bahan uji ini disemburkan kepada kromatografi lapisan nipis yang telah dibuat profilnya dan diperhatikan perubahan warna yang berlaku. Terdapat kromatografi lapisan nipis yang perlu dipanaskan sesudah semburan untuk melihat sebarang perubahan warna. Contoh bahan uji semburan ialah bahan uji Dragendorff untuk mengesan kehadiran alkaloid dan ferik klorida untuk mengesan kehadiran sebatian fenolik (tidak perlu dipanaskan), dan bahan uji Bontrager untuk mengesan kehadiran sebatian kumarin dan antrakuinon (perlu dipanaskan sehingga berlaku perubahan warna). |
blowout preventer | pencegah semburan keluar | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim : penindan Peralatan yang dipasang di kepala telaga bagi mencegah terjadinya semburan keluar semasa operasi penggerudian dan pelengkapan telaga berkenaan sedang berlangsung. Peralatan ini terdiri daripada beberapa buah pelantak, injap, sistem pengedap dan alatan-alatan lain yang boleh digunakan bagi mencegah (menutup, mengedap dan menahan) semburan keluar terjadi sama ada melalui anulus atau lubang terbuka. |
overspray | semburan lampau | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Semburan cat secara berlebihan yang menyebabkan pembentukan lapisan cat yang tebal dan kurang kemas. |
spray aerosol | semburan aerosol | Kesenian | Tiada | Bahan semburan seperti cat atau pemati yang menggunakan sistem aerosol. |
blowing spray | semburan terbang | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Semburan air yang diterbangkan oleh angin dari permukaan laut yang menyebabkan ketampakan mendatar berkurangan. |
overspray | semburan lampau | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Semburan cat secara berlebihan yang menyebabkan pembentukan lapisan cat yang tebal dan bermutu rendah. |
aeroponics | aeroponik | Pertanian | Agroteknologi | Kaedah penanaman tanpa tanah yang melibatkan semburan larutan bernutrien pada akar tanaman yang tergantung dalam kawasan persekitaran yang terkawal. Semburan itu berlaku secara berkala dalam jangka masa tertentu. Kaedah ini membolehkan tanaman beriklim sederhana seperti salad ditanam di kawasan beriklim tropika dengan larutan semburan yang telah disejukkan. |
cleaning spray | semburan cuci | Sosiologi | Tiada | Bahan cucian dalam bentuk semburan. |