real gas | gas nyata | Fizik | Haba | Gas yang tidak memenuhi sifat gas klasik sempurna. gas tak sempurna. bd. gas klasik sempurna. |
imperfect | tak sempurna; kala tak sempurna | Linguistik | Tiada | Tiada |
undressed | tak siap sempurna | Kesenian | Seni Bina | Keadaan sesuatu elemen bangunan yang masih belum sempurna sepenuhnya. Contoh keadaan bangunan yang belum siap sempurna ialah pemasangan tingkap kaca sehingga ke paras lantai yang boleh membahayakan pengguna, reka bentuk sistem penyaman udara yang tidak selesa, ketiadaan jeriji keselamatan atau bukaan pintu yang terhalang oleh struktur tiang. Keadaan ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti perancangan yang tidak sempurna atau faktor kewangan. |
stick landing | pendaratan sempurna | Sukan | Tiada | Perbuatan mendarat dengan sempurna. |
Gestalt psychology | psikologi Gestalt | Kesusasteraan | Tiada | Penggabungan yang sempurna dalam sesebuah karya. Istilah psikologi Gestalt digunakan dalam bidang kritikan sastera dan dipinjam daripada bidang falsafah German. Teori kesusasteraan Gestalt menyatakan bahawa gabungan sempurna sesuatu karya adalah lebih bernilai daripada jumlah semua bahagian yang dianalisis secara berasingan. Psikologi Gestalt menilai aksi manusia secara keseluruhan dan tidak memecahkannya kepada elemen tertentu seperti rangsangan, aksi refleks, atau sensasi. Tindakan psikologi dan mental tidak terjadi akibat elemen tersebut secara terasing tetapi terjadi apabila gabungan sempurna Gestalts dicapai melalui suatu kaitan operasi yang bersendirian dan bebas. Dalam bidang kesusasteraan, istilah Gestalt merujuk kepada gaya pengkaryaan seseorang penulis. Contohnya, Coleridge, seorang penulis berbangsa Inggeris berpendapat bahawa puisi harus dihayati kerana sifat gabungannya yang sempurna. Hal ini demikian kerana puisi terhasil setelah melalui proses pembinaan atau penggubahan. Puisi yang merupakan ha |
perfect classical gas | gas klasik sempurna | Fizik | Haba | Gas yang mematuhi persamaan gas unggul. bd. gas tak sempurna. |
ithbat milk | penetapan milik | Perniagaan Islam | Tiada | Penentuan milik yang diiktiraf sebagai hak individu atau entiti terhadap sesuatu harta, boleh bersifat pemilikan sempurna atau sebaliknya. Penetapan pemilikan sempurna adalah secara pembelian, penggantian, perniagaan serta pewarisan. Individu tersebut berhak menjual, melabur dan melakukan tabaruk. Manakala penetapan milik tidak sempurna pula ialah sewaan, pinjaman barang dan simpanan amanah. |
‘aqd nafidh | akad sempurna | Perniagaan Islam | Tiada | Akad yang dilakukan oleh pihak yang berkelayakan dan berkuasa untuk melaksanakannya. Akad ini berkuat kuasa dengan segera tanpa tertakluk kepada kelulusan pihak lain. Contohnya, akad jual beli terhadap barang pemilikan sempurna, jual beli yang dilakukan oleh wali atau wasi terhadap harta milik pihak yang tertakluk di bawah jagaannya atau akad yang dilakukan oleh wakil bagi pihak pewakil. |
perfect number | nombor sempurna | Matematik | Tiada | Nombor yang nilainya sama dengan hasil tambah kesemua faktornya kecuali nombor itu sendiri. Misalnya, 6 = 1 + 2 + 3 dan 1, 2, dan 3 ialah faktor untuk 6. Maka 6 disebut nombor sempurna. |
ahliyyah | kelayakan | Perniagaan Islam | Tiada | Sifat keupayaan yang perlu ada pada individu bagi membolehkannya menerima hak dan tanggungjawab serta melaksanakannya. Kelayakan ini sempurna berkuat kuasa apabila individu mencapai umur baligh. Manakala kelayakan tidak sempurna berlaku pada individu yang belum mencapai umur baligh atau tidak matang fikirannya. |