Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.na/] | سنق

Definisi : 1. berasa sesak dlm perut (kerana terlalu kenyang, kerana ditumbuk dll): dia mem-percepat langkahnya sehingga terasa ~ pula perutnya; 2. berasa sesak dada (kerana susah bernafas dll); 3. ki berasa sesak (hati, fikiran, perasaan, dll); 4. tergenang dan menjadi penuh (air); menyenakkan 1. menjadikan senak (perut, dada, dll), menyesakkan: waktu malam, minumlah yg saya perbanyak, sehingga ~ perut; bau ikan bakar ~ hidungnya; 2. ki mendatangkan rasa senak (pd fikiran, perasaan, dsb): timbullah rasa hiba ~ dadanya; tersenak 1. = tersenak-senak tersesak (hingga tidak dapat mengeluarkan kata-kata dsb), tersedu-sedu: maka ia pun menangislah dgn teramat sangat tersenak-senak dan teresak-esak sehingga bercucuran air mata-nya; 2. = ~ hati berasa penuh hiba, terharu; 3. tersekat, tergenang dan menjadi penuh (air dll): lehernya ~ hendak menangis; kesenakan, kesenak-senakan menderita senak (perut, dada, perasaan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.na/] | سنق

Definisi : 1 sesak dlm perut kerana terlalu kenyang (kena tumbuk dll); sesak dada kerana susah bernafas: Perutnya ~ kerana terkena bola. 2 (bkn air dsb) tidak dpt mengalir kerana terlalu penuh; tergenang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senak (adjektif)
1. Dalam konteks perut
bersinonim dengan mengah, senuh, sebak, segah, sangih, sekak, sendat, sebu, merasak,
Berantonim dengan lega

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan hiba, terharu, rawan, gundah-gulana, pilu, susah hati, murung, masyghul, dukacita, sengsai, walang, lara, duka nestapa, duka lara, murum, suram,
Berantonim dengan gembira

3. Bersinonim dengan tergenang: penuh air, sebak, sabak, melimpah, bah, banjir, ampuh, lembak, banyak air, empoh, kojoh,
Berantonim dengan kering

Kata Terbitan : menyenak, tersenak, tersenak-senak, kesenakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
indigestionketakcernaan; pentakcernaan; senakPerubatanTiadaKegagalan atau gangguan pada proses pencernaan, terutama ketidakselesaan atau kesakitan pada abdomen selepas makan.
magnesium carbonatemagnesium karbonatPentadbiran PerniagaanTiadaBahan yang digunakan untuk melegakan senak dan sakit sebagai akibat ulser gaster dan duodenum dan sebagai laksatif ringan.
general adaptation syndromsindrom adaptasi umumPsikologiPsikologi UmumSatu siri reaksi badan terhadap stres yang dialami secara berterusan. Menurut Selye, terdapat tiga peringkat utama reaksi badan, iaitu peringkat kecemasan, peringkat rintangan dan peringkat kelesuan. Pada peringkat kecemasan, jentera badan individu akan digerakkan bagi menghadapi tekanan. Beberapa sumber biologi akan dikerahkan untuk berdaya tindak seperti rembesan hormon adrenalina dan noradrenalina yang bertujuan mempercepat aktiviti organ seperti jantung, paru-paru dan saluran darah untuk menghantar makanan dan tenaga bagi menghadapi kegawatan yang ditimbulkan oleh stres. Pada peringkat ini, mangsa boleh menghadapi beberapa simptom seperti sakit kepala, demam, sakit otot, letih, mengah, cirit-birit, senak perut, hilang selera makan dan kurang bertenaga. Pada peringkat rintangan, penyesuaian badan dapat menstabilkan diri terhadap tekanan. Apabila sistem pertahanan badan dapat mengimbangi keadaan, simptom-simptom reaksi kecemasan akan hilang. Walaupun secara luarannya individu kelihatan baik kerana badannya

Kembali ke atas