local winds | angin setempat (local winds) | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Angin yang bertiup dalam kawasan terhad, dan disebabkan oleh keadaan tempatan yang berbeza daripada angin akibat kesan taburan tekanan, atau angin yang mempunyai ciri-ciri tertentu mengikut keadaan setempat. Angin setempat dikelaskan kepada empat kumpulan utama; i) angin akibat kesan topografi setempat, seperti angin ngarai, angin genting gunung dan kosava; ii) angin antitriptik, seperti bayu laut, bayu darat, angin gunung dan lurah, dan pada skala yang besar angin fohn, cinuk, bora dan mistral; iii) angin tak stabil yang diakibatkan oleh pemanasan setempat, atau akibat aliran udara sejuk, seperti ribut debu, hab dan angin ribut petir; dan iv) angin kencang akibat gradien tekanan yang kuat atau akibat aliran yang tak terganggu di atas permukaan yang rata atau kedua-duanya, seperti khamsin, siroko, ribut salji, buran, dan purga. |
local advertising | pengiklanan tempatan | Komunikasi | Korporat | Aktiviti mempromosi atau publisiti barangan atau perkhidmatan yang berlaku dalam persekitaran setempat.. Konsep setempat merujuk kepada sesuatu kawasan, wilayah, atau negeri yang mempunyai sistem kuasa pentadbiran tunggal. Setiap aktiviti promosi atau publisiti yang perlu menggunakan ruang di sesuatu kawasan harus akur dengan peraturan dan undang-undang tempatan. Selain menggunakan sepanduk, pepanji, dan undang tempatan. Selain menggunakan sepanduk, pepanji, dan iklan jalanan, promosi atau publisiti boleh dilakukan melalui media cetak atau media elektronik. Sekiranya promosi atau publisiti barangan atau perkhidmatan berkenaan menggunakan media cetak atau media elektronik, maka ruang lingukungan edaran dan siarannya terhad dalam lingkungan tempatan atau hampir dengan sumber pengedaran barangan atau perkhidmatan. Pengiklanan tempatan biasanya diamalkan oleh syarikat kecil yang mempunyai peruntukan publisiti dan promosi yang terbatas. Kadar pengiklanan ini biasanya lebih murah berbanding kadar pengiklanan nasion |
local anesthetic | anestetik setempat | Farmasi | Farmakologi | Drug yang digunakan untuk menghilangkan rasa sakit setempat dengan menghalang secara berbalik penghantaran impuls ke sistem saraf pusat. Pemberian drug ini tidak menjejaskan tahap kesedaran seseorang pesakit. Kesan setempat drug ini dipengaruhi oleh sifat, formulasi dan cara pemberiannya Druginiboleh disapu pada kulit atau membran mukus (anestesia permukaan), disuntik di sekitar hujung saraf deria (anestesia penyusupan), disuntik berdekatan 1runkus sarafbesar (anestesia sekat saraf), disuntik ke dalam ruang epidural (anestesia epidural) atau disuntik ke dalam ruang subaraknoid (anestesia spina). |
local time | waktu setempat | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Waktu yang dihitung bermula pada waktu tengah hari, di setiap tempat, iaitu waktu matahari sebenar atau min matahari melintasi meridian. Perubahan waktu setempat berdasarkan pada min matahari, manakala perakam sinar matahari menunjukkan waktu setempat sebenar. |
sedentary soil | tanah setempat | Geografi | Tiada | Tanih yang terbentuk setempat melalui proses pereputan batuan dasar. |
local rain | hujan setempat | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Lihat kerpasan setempat. |
in situ hybridization | hibridisasi setempat | Pertanian | Agroteknologi | Lihat kacukan setempat. |
running on the spot | lari setempat | Sukan | Tiada | Berlari setempat di tempat yang sama. |
local action | tindakan setempat | Kejuruteraan | Tiada | Kakisan elektrokimia yang disebabkan oleh tindakan sel-sel setempat. |
local provisional stamp | setem sementara setempat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Setem sementara untuk kegunaan setempat dan tidak dijual untuk orang ramai. |