group atmosphere | suasana kelompok/suasana kumpulan | Pendidikan | Tiada | Tiada |
group atmosphere | suasana kelompok/suasana kumpulan | Sosiologi | Tiada | Tiada |
atmosphere | suasana | Kesusasteraan | Tiada | Kesan yang dicipta dan dipertahankan dalam sesebuah karya sastera untuk menimbulkan persekitaran emosi yang tertentu. Kesan ini diperoleh melalui penggunaan dialog, latar, pemerian dan sebagainya serta menggabungkan perincian fizikal dan psikologikal. Suasana bertujuan untuk membangkitkan rasa dan nada yang menyelubungi sesebuah karya secara menyeluruh seperti suasana nestapa yang meruntum, suasana marah yang mengelodak, atau suasana seram yang meremangkan. Sekiranya ditangani dengan baik, suasana yang dibangkitkan itu dapat dirasakan sebagai suatu kehadiran yang ketara untuk memperhebat karya. Suasana berasal daripada perkataan Yunani atmosphere yang bermaksud �gumpalan wap�. Lihat juga mood. |
mood music | muzik suasana | Komunikasi | Korporat | Muzik yang digunakan dalam majlis rasmi atau tidak rasmi dalam persembahan penerbitan. Muzik yang dipilih disesuaikan dengan watak dan keadaan yang sedang berlangsung. Muzik ini boleh wujud dalam pelbagai rentak dengan menggunakan pelbagai jenis peralatan yang disesuaikan dengan suasana persembahan. Muzik suasana berfungsi untuk meningkatkan kesan perasaan kepada khalayak terhadap mesej yang disampaikan. Dalam kempen perhubungan awam, muzik suasana memainkan peranan penting bagi melengkapkan suasana majlis atau persembahan. Pemilihan jenis muzik merupakan strategi yang perlu diberikan perhatian. Jenis muzik yang dipilih boleh melambangkan citra penganjur. Selain itu, penggunaan muzik suasana juga boleh mewujudkan daya ingatan dan tarikan dalam kalangan khalayak yang hadir. Di samping itu, muzik suasana berfungsi untuk menenangkan fikiran dan menjadikan khalayak berasa damai dan lebih selesa. |
grapevine | khabar tak rasmi | Komunikasi | Korporat | Proses penyebaran maklumat yang berlaku secara tidak rasmi. Proses ini berlaku dalam pelbagai suasana, sama ada dalam suasana bekerja, santai seperti di bilik rehat, kelab golf, atau acara anjuran organisasi. Komunikasi ini berlaku apabila ahli organisasi mempunyai sesuatu maklumat yang perlu atau tidak sewajarnya dikongsi, tetapi dilakukan sebelum sesuatu kenyataan rasmi mengenainya dibuat. Contohnya, maklumat mengenai kenaikan pangkat seseorang atau penggantian penjawat sesuatu jawatan strategik yang terlebih dahulu tersebat dalam kalangan ahli organisasi. Maklumat ini boleh bersifat benar atau sebaliknya. |
atmosphere | suasana; atmosfera | Kesusasteraan | Tiada | 1. Suasana : Keadaan emosi yang terdapat pada sesebuah karya yang membayangkan kepada pembaca keadaan-keadaan yang ditemui dan diikutinya dalam cerita. |
custom environment | suasana tak biasa | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Suasana bukan tugas rutin. |
condition number | nombor suasana | Matematik | Tiada | Sukatan suasana sesebuah matriks yang biasanya ditakrifkan sebagai hasil darab dua norma matriks. |
atmospheric | suasana | Sejarah | Tiada | Sesuatu tentang atau yang berkaitan dengan perasaan atau emosi atau suasana. |
atmospheric scenery | latar suasana | Kesenian | Drama dan Teater | Latar pentas yang bersesuaian dengan suasana cerita untuk menimbulkan kesan yang dikehendaki. |