Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.had] | ترحد

Definisi : 1. ditentukan batas atau perenggan­nya, terbatas: kebebasan bekas tahanan itu ~ di dlm daerahnya sahaja; 2. khusus (utk): faedah drpd keuntungan syarikat kerjasama ~ utk ahli-ahlinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.had] | ترحد

Definisi : telah ditentukan hadnya; terbatas: Kuasa yg diberikan kpdnya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
had (kata nama)
Bersinonim dengan batas, takat, sempadan, perenggan, hingga, enggat, senggat;,
Kata Terbitan : berhad, mengehadkan, terhad, pengehadan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
limited payment life insuranceinsurans hayat bayaran terhadPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans hayat dengan tempoh bayaran premiumnya terhad. Jangka masa pembayaran premium mungkin lebih pendek dari masa perlindungan insurans. Contoh: insurans hayat seumur hidup dengan pembayaran premium terhad hingga umur 50.
narrow castingpenyiaran terhadPendidikanTiadaSistem penyiaran yang terhad kepada sesuatu kedudukan atau kelompok penonton dan hanya mementingkan pencapaian objektif penyiarannya.
restricted palettebidang warna terhadKesenianTiadaPenggunaan cat yang terhad kepada beberapa warna sahaja dalam karya seni lukis.
wakalah muqayyadahpewakilan terhadPerniagaan IslamTiadaAkad yang memberi kuasa terhad kepada individu atau organisasi untuk menjalankan urusan tertakluk kepada syarat tertentu. Contohnya, A berkata kepada B "Saya mewakilkan awak supaya menjualkan tanah saya ini dengan harga RM100,000 secara ansuran selama 4 bulan". B menjawab "Saya bersetuju". Wakil terikat dengan syarat yang ditetapkan oleh pewakil. Sekiranya wakil ingkar kepada syarat tersebut, pewakil tidak lagi terikat dengan urusan yang dibuat oleh wakil, kecuali ketidakpatuhan syarat memberi kebaikan seperti berjaya menjual tanah secara tunai.
limited queue lenghtsaiz giliran terhadPentadbiranTiadaModel giliran yang mana bilangan pelanggan dalam sistem adalah terhad kepada keupayaan yang ada.
limited capacity queueing modelmodel giliran keupayaan terhadPentadbiranTiadaModel giliran yang mana bilangan pelanggan dalam sistem adalah terhad kepada keupayaan yang ada.
limited-access highwaylebuh raya sampaian terhadKejuruteraan AutomotifTiadaLebuh raya tanpa tol yang mempunyai jalan keluar masuk yang terbatas dan terhad.
economicsekonomiEkonomiTiada1. Ilmu sains sosial yang mengkaji gelagat atau perlakuan manusia dalam memperuntukkan sumber yang terhad untuk memenuhi keperluan dan kehendak yang tidak terhad, yang bersaing antara satu sama lain. Mengikut P.A. Samuelson, ekonomi merupakan satu kajian tentang bagaimana individu atau masyarakat memilih, sama ada dengan menggunakan wang atau tidak, untuk menggunakan sumber produktif yang terhad, yang mungkin mempunyai alternatif penggunaan, untuk mengeluarkan pelbagai komoditi pada sepanjang masa, dan mengagihkan komoditi itu untuk penggunaan sekarang dan penggunaan masa depan (tabungan), kepada pelbagai manusia dan kumpulan dalam masyarakat. 2. Kegiatan manusia dalam pengeluaran, pengagihan, dan penggunaan barang atau perkhidmatan.
bounded rationality decisionkeputusan kerasionalan terhadPengurusanPerancanganPembuatan keputusan yang bersandarkan tanggapan bahawa wujud pelbagai kekangan yang membataskan kualiti keputusan yang lebih optimum. Antara kekangan ialah faktor persekitaran seperti masa yang terhad, maklumat yang tidak lengkap dan desakan pihak atasan, dan ciri peribadi pembuat keputusan seperti kemampuan berfikir dan personaliti. Contohnya, pengurus pelaburan yang perlu membuat keputusan untuk melabur dalam pasaran mata wang sewaktu kadar mata wang ringgit tidak stabil.
alternativealternatifEkonomiTiadaPilihan terhadap berbagai-bagai kegunaan sumber yang terhad. Alternatif melibatkan kos melepas atau kos alternatif. Ini berlaku kerana sumber atau faktor pengeluaran terhad. Lihat juga kos melepas, peruntukan sumber.
12345678910...

Kembali ke atas