intended strategy | strategi terhasrat | Pengurusan | Perancangan | Strategi jangka panjang dan menyeluruh yang dirancang dengan teratur dan mengambil kira faktor-faktor yang berkaitan untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi. Strategi ini adalah berbentuk proaktif dan lazimnya diperincikan dalam pelan strategik organisasi. Strategi terhasrat boleh dilengkapkan dengan rancangan tindakan yang tersusun. Contohnya, Rancangan Malaysia yang dibangunkan setiap lima tahun, hasil daripada penglibatan pelbagai pihak seperti agensi kerajaan, organisasi bukan kerajaan (NGO), dan kumpulan komuniti masyarakat yang berkenaan. Sinonim strategi terancang. Lihat juga rancangan tindakan. |
realized strategy | strategi terealisasi | Pengurusan | Perancangan | Kombinasi strategi yang terlaksana hasil daripada keputusan yang dicapai melalui strategi munculan dan strategi terhasrat. Strategi terealisasi menggambarkan keberkesanan dan kejayaan keseluruhan strategi yang dilaksanakan oleh pengurusan sesebuah organisasi. Lihat juga strategi munculan, strategi terhasrat. |
intended strategy | strategi terhasrat | Pentadbiran | Pengurusan | - |
deliberate strategy | strategi terancang | Pengurusan | Perancangan | Lihat strategi terhasrat. |