Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.se.dia] | ترسديا

Definisi : telah disediakan (dilengkapkan), ada: teman hidupmu yg ibu idam-idamkan sudah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sedia (adjektif)
1. Bersinonim dengan memang ada: telah ada, terdapat, wujud,
Berantonim dengan tiada

2. Bersinonim dengan memang begitu: begitulah, sebenarnya, sesungguhnya, demikianlah, naam, itulah,
Berantonim dengan lain

3. Bersinonim dengan siap: mustaid, lengkap, jadi, boleh,
Berantonim dengan batal

4. Bersinonim dengan sanggup: rela, sudi, dapat, bisa, tidak keberatan, ambuh, embuh, mahu, suka, kasadu, ingin,
Berantonim dengan enggan

Kata Terbitan : sedianya, bersedia, menyediakan, tersedia, kesediaan, persediaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
moisture, available soilkelengasan tanih tersediaHidrologiTiadaAir dalam tanih yang tersedia untuk tumbuhan. Selalunya dianggap sebagai air yang berada dalam tanih antara takat layu dan had basah. Dalam konteks ini kapasiti tanih untuk menahan air dan serupa dengan air tersedia.
head, availablehulu tersediaHidrologiTiadaTingginya terjunam air sungai yang tersedia untuk penjanaan tenaga hidroelektrik.
ABR (available bit rate)ABR (kadar bit tersedia)Teknologi MaklumatTiadaKategori perkhidmatan lapisan ATM yang menyediakan pengangkutan trafik secara dinamik pada kadar bit yang tersedia pada masa itu.
available waterair tersediaPertanianAgronomi

Kandungan air dalam tanah yang boleh diserap oleh tumbuhan. Kandungan air tersebut adalah di antara tahap had basah dengan titik layu tetap. Air melebihi tahap had basah akan hilang melalui pengaliran, dan pada titik layu tetap, air terikat dengan kumin tanah. Jenis tanah mempengaruhi kandungan air tersedia. Contohnya, tanah berpasir mengandungi air tersedia yang kurang berbanding dengan tanah liat.

aridic moisture regimeregim lengasan aridikPertanianTiadaTanah yang tidak mengandungi air tersedia untuk tanaman, lebih dari separuh masa timbunan suhu tanah lebih dari 5oC dan tidak mengandungi air tersedia selama 90 hari berturut-turut, suhu tanah lebih dari 8oC.
available water holding capacitykeupayaan memegang air tersediaPertanianAgroteknologiTahap keupayaan sesuatu jenis tanah untuk menyimpan air. Tahap ini dipengaruhi oleh ciri-ciri seperti tekstur tanah dan kandungan bahan organik. Tanah yang liat mempunyai tahap keupayaan memegang air tersedia (4.0 mm/cm) yang tinggi berbanding tanah pasir (0.6 mm/cm). Kandungan bahan organik yang tinggi juga akan meningkatkan keupayaannya, terutama tanah pasir.
available elementunsur tersediaPertanianAgroteknologiUnsur-unsur yang boleh diserap oleh akar tanaman bagi merangsang dan menggalakkan pertumbuhannya. Unsur ini biasanya terdapat dalam bentuk ion yang larut dalam air tanah seperti nitrat (NO3), sulfat (SO4) dan klorin (Cl). Unsur ini berbeza dengan unsur yang terikat pada butiran tanah yang tidak dapat diserap oleh tumbuhan. Kandungan unsur tersedia dipengaruhi oleh pH tanah. Dalam keadaan berasid, unsur tersedia adalah rendah berbanding dengan keadaan pH yang tinggi.
off-the-shelf application softwareperisian aplikasi tersediaTeknologi MaklumatTiadaIstilah generik yang merujuk kepada perisian aplikasi yang terdapat di pasaran. Perisian jenis ini menyediakan ciri dan fungsi piawai tanpa pengubahsuaian. Istilah ini digunakan bagi membezakan dengan perisian aplikasi tempahan. Microsoft Office, Photoshop, Lotus Notes, Windows adalah contoh perisian aplikasi tersedia.
commercially preparedtersedia secara daganganPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
available energytenaga tersediaFizikTiadaTenaga yang pada prinsipnya dapat ditukarkan kepada kerja mekanik.
12345678910...

Kembali ke atas