ideal contraceptive | pencegah hamil unggul/kontraseptif unggul | Kependudukan | Tiada | Tiada |
enthalpy change of ideal gas mixture | perubahan entalpi campuran gas unggul | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Perubahan entalpi yang dihasilkan apabila gas unggul dicampurkan untuk membentuk satu mol campuran gas unggul pada suhu T dan tekanan P. Perubahan entalpi proses pencampuran tersebut ialah DHID = HID - SyjHj = 0, dengan DHID = perubahan entalpi campuran gas unggul (J/mol), HID = entalpi campuran gas unggul (J/mol), Hj = entalpi tulen komponen j (J/mol). yj = pecahan mol komponen j. |
entropy change of ideal gas mixture | perubahan entropi campuran gas unggul | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Perubahan entropi yang dihasilkan apabila gas unggul dicampurkan untuk membentuk satu mol campuran gas unggul pada suhu T dan tekanan P. Perubahan entropi proses pencampuran tersebut ialah DSID = SID - SyjSj = �RSyj 1n yj, dengan DSID = perubahan entropi campuran gas unggul (J/mol K), R = pemalar gas semesta, yj = pecahan mol komponen j, Sj = entropi tulen komponen j (J/mol.K), SID = entropi campuran gas unggul (J/mol.K). |
volumetric change of ideal gas mixture | perubahan isi padu campuran gas unggul | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Perubahan isi padu yang dihasilkan apabila gas unggul dicampurkan untuk membentuk satu mol campuran gas unggul pada suhu T dan tekanan P. Perubahan isi padu proses pencampuran tersebut ialah DVID = VID � Syj Vj = 0, dengan DVID = perubahan isi padu campuran gas unggul (m3/mol), VID = isi padu campuran gas unggul (m3/mol), Vj = isi padu komponen j gas tulen (m3/mol), yj = pecahan mol komponen j . |
Gibbs energy change of ideal gas mixture | perubahan tenaga Gibbs campuran gas unggul | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Perubahan tenaga yang dihasilkan apabila gas unggul dicampurkan untuk membentuk satu mol campuran gas unggul pada suhu T dan tekanan P. Perubahan tenaga Gibbs proses pencampuran tersebut ialah DGID = GID � Syj Gj = RT Syj 1n yj , dengan DGID = perubahan tenaga Gibbs campuran gas unggul (J/mol), R = pemalar gas semesta, T = suhu (K), GID = tenaga Gibbs campuran gas unggul (J/mol), yj = pecahan mol, Gj = tenaga Gibbs tulen komponen j (J/mol). |
ideal gas potential | keupayaan gas unggul | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Model yang mengandaikan isi padu dan daya antara molekul sesuatu gas adalah sifar. Oleh itu, fungsi keupayaan termodinamik gas unggul adalah sifar bagi kesemua jarak antara molekul. Dengan ini, kesemua pekali virial bagi gas unggul adalah sifar dan persamaan virial ialah persamaan unggul. |
superfood | makanan unggul | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Makanan yang kaya dengan nutrien dan dianggap sangat bermanfaat untuk penjagaan kesihatan. Selain mengandungi vitamin dan mineral, makanan unggul juga mengandungi antioksidan, serat atau fitokimia yang baik untuk kesihatan. Contoh makanan unggul ialah brokoli, madu kelulut, beri acai, ikan salmon dan buah delima. |
idea gas | gas unggul | Kimia | Tiada | Gas yang tidak terdapat daya jeleketan di antara molekul-molekulnya. Gas ini mematuhi hukum gas unggul, yang merupakan gabungan hukum Boyle, hukum Charles dan hukum Avogadro; dan hukum-hukum trsebut diberikan oleh persamaan PV + nRT (P ialah tekanan; V ialah isi padu; T ialah suhu mutlak; R ialah pemalar gas; n ialah bilangan mol). Pada hakikatnya, tidak ada satu gas pun yang dapat dikelaskan sebagai gas unggul. Bagaimanapun, helium dan hidrogen pada suhu yang tinggi dan tekanan yang rendah berkelakuan seperti gas unggul. Sin. gas sempurna. |
excess enthalpy | entalpi lebihan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Perbezaan antara entalpi larutan dengan entalpi larutan unggul (bukannya gas unggul) yang dijelaskan sebagai HE = H � HID, HE = H � ?Xj Hj, dengan HE = entalpi lebihan (J/mol), H = entalpi larutan, Hj = entalpi tulen komponen j (J/mol), Xj = pecahan mol komponen j, HID = entalpi larutan unggul (J/mol). |
excess entropy | entropi lebihan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Perbezaan antara entropi larutan dengan entropi larutan unggul (bukannya gas unggul) yang dijelaskan sebagai dengan SE = entropi lebihan (J/mol K), S = entropi larutan (J/mol K), Sj = entropi tulen komponen j (J/mol K), xj = pecahan mol komponen j, R = pemalar gas semesta, SID = entropi larutan unggul (J/mol K), S = perubahan entropi pencampuran (J/mol K). |