extraterritorial | luar wilayah; wilayah asingan | Sains Politik | Tiada | Tiada |
regional broadcast | siaran wilayah | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Siaran untuk penerimaan maklumat meteorologi pilihan dari sesuatu wilayah dan kawasan yang bersebelahan di dalam wilayah-wilayah yang telah dipersetujui. Lihat kesatuan wilayah. |
empire builder | pembina empayar | Sejarah | Tiada | Orang yang berusaha membina empayarnya sendiri dengan meningkatkan penguasaan ke atas wilayah-wilayah kuasanya di samping memperluaskan lagi wilayah tersebut melalui penjajahan kuasa serta tentera. |
peripheral region | wilayah pinggir | Geografi | Tiada | 1. Wilayah pinggir: Wilayah atau kawasan yang dicirikan oleh struktur ekonomi yang tradisional dan biasanya terletak di bahagian pinggiran yang jauh dari pusat sesebuah kawasan. |
neutral territory | wilayah berkecuali/wilayah neutral | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
annexation | penggabungan paksa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Tindakan sesebuah negara untuk menggabungkan sesuatu daerah atau wilayah negara lain atau wilayah tanpa tuan sebagai wilayah negaranya. Dalam konteks hubungan antarabangsa, tindakan penggabungan haruslah berlaku secara formal dan diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Tindakan penggabungan ini biasanya dibuat berasaskan alasan pertalian persaudaraan serumpun, sejarah perhubungan politik, kebudayaan, kedudukan yang strategik dan kepentingan ekonomi. Contohnya, penggabungan beberapa wilayah Jerman oleh Belanda selepas tamatnya Perang Dunia Kedua (1939 - 1945). Sinonim pemilikan paksa. |
regional policy | dasar wilayah | Ekonomi | Tiada | Dasar ekonomi yang bertujuan untuk mengubah corak pembangunan yang tidak seimbang antara wilayah. Dasar ini perlu mengambil kira dara ekonomi dan keadaan fizikal wilayah tersebut. Biasanya dasar ini menitikberatkan pembangunan wilayah yang mundur untuk mengurangkan jurang antara wilayah. |
annexation of territory | pengilhakan wilayah | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Tindakan sesebuah negara menjadikan wilayah negara lain sebagai wilayahnya secara rasmi setelah negara berkenaan (negara pengilhak) menguasai wilayah tersebut secara penaklukan. Dahulu, pengilhakan yang menyusul selepas penaklukan boleh memberikan hak milik sah ke atas wilayah yang ditakluki kepada negara pengilhak. Kini, penaklukan adalah dilarang dan tidak menjadi kaedah pemilikan wilayah yang sah berdasarkan Perkara 2(4) Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 1945. Sinonim aneksasi wilayah. |
regional account | akaun wilayah | Ekonomi | Tiada | Akaun pendapatan dan keluaran bagi suatu wilayah dalam sesebuah negara untuk satu jangka masa tertentu. Akaun ini memberi maklumat terperinci tentang kegiatan ekonomi wilayah tersebut. Maklumat ini tidak terdapat dalam akaun pendapatan negara. Akaun wilayah menyediakan rangka kerja yang lebih fleksibel kepada penggubal dasar untuk membuat analisis ekonomi wilayah. |
regional analysis | analisis wilayah | Ekonomi | Tiada | Kajian perbandingan tentang pertumbuhan dan pembangunan wilayah dalam sesuatu kawasan geografi. Analisis ini menekankan peranan masa depan sesuatu wilayah terhadap pembangunan ekonomi negara. Analisis wilayah memerlukan faktor seperti data aliran keluaran, pendapatan perseorangan, bilangan penduduk, guna tenaga, dan pengeluaran industri. |