production packer | simpai pengeluaran | Kejuruteraan | Petroleum | Simpai untuk menutup rapat-rapat ruangan di antara tetiub dengan selongsong semasa proses pengeluaran dan boleh digunakan sebagai pemisah di antara zon-zon produktif dengan zon-zon yang tidak produktif. Rujuk : simpai. |
trip distribution | edaran perjalanan | Kesenian | Tiada | Bilangan edaran perjalanan dari satu zon lalu lintas ke zon-zon lain. |
depth zone | zon kedalaman | Geologi | Tiada | 1. Zon di pelbagai kedalaman di dalam bumi yang menimbulkan fenomena metomorf yang berbeza-beza. 2. Satu dari empat persekitaran lautan; zon litoral, zon neritik, zon bati, dan zon abis. |
desire line | garisan kehendak | Sosiologi | Tiada | Garisan yang dilukis antara pasangan zon trafik yang menunjukkan permintaan trafik antara zon-zon tersebut. Biasanya lebar garisan berpadanan dengan nilai isi padu trafik berkenaan. |
frontal rain | hujan perenggan | Geografi | Tiada | Hujan renyai yang berlaku di zon - zon perenggan semasa laluan sistem tekanan rendah pada latitud sederhana dan tinggi. |
desire line | garisan kehendak | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Garisan yang dilukis antara pasangan zon trafik yang menunjukkan permintaan trafik antara zon-zon tersebut. Biasanya lebar garisan berpadanan dengan nilai isi padu trafik berkenaan. |
subsurface abandonment | peninggalan subpermukaan | Kejuruteraan | Petroleum | Proses menyekat aliran bendalir dari dalam formasi daripada masuk ke dalam telaga. Dengan demikian, zon-zon pengeluaran terpisah dari permukaan. Proses penyekatan itu dilakukan dengan cara memasang penyumbat simen pada zon pengeluaran yang hendak diasingkan itu. isi padu simen yang diperlukan akan ditentukan oleh keadaan telaga berkenaan seperti panjang lubang terbuka, bendalir formasi yang ada dan ciri-ciri formasi tersebut. Rujuk : peninggalan telaga. |
thermal climate | iklim terma | Sains | Hidrometeorologi | Iklim yang ditakrifkan oleh suhu dan dibahagikan berdasarkan wilayah menjadi zon-zon suhu. |
origin-destination matrix (OD) | matriks asal destinasi | Sosiologi | Tiada | Matriks yang mengandungi trip kenderaan atau trip orang, antara zon-zon asal dengan destinasi. |
origin-destination matrix (OD) | matriks asal destinasi | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Matriks yang mengandungi trip kenderaan atau trip orang, antara zon-zon asal dengan destinasi. |