Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kua.sa] | برکواس

Definisi : 1. mempunyai kuasa (hak, wibawa), berhak atas sesuatu atau utk melakukan (mengurus dsb) sesuatu: sbg ketua, beliau ~ memutuskan perkara-perkara spt itu; mereka diperintahkan oleh pihak yg ~ supaya keluar dr situ; 2. mempunyai kemampuan, berke­mampuan, berkesanggupan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kua.sa] | برکواس

Definisi : mempunyai kuasa; berhak atas sesuatu atau berhak melakukan sesuatu; dpt atau boleh melakukan sesuatu; berdaya; sanggup; mampu: Dia tidak ~ membuat kerja itu. Siapa yg sebenarnya ~ di sini? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuasa
1. Bersinonim dengan daya
( kemampuan, keupayaan, kesanggupan, kebolehan, kudrat, tenaga, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan wibawa
( pengaruh, hak, mandat, daulat, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan kekuatan
( ketahanan, keagungan, kawalan, cengkaman, pengaruh, )
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan sanggup
( minat, rela, mahu, hendak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : sekuasa-kuasanya, berkuasa, menguasai, menguasakan, kekuasaan, penguasaan, penguasa,

Peribahasa

Digantung tinggi,
     dibuang jauh.

Bermaksud :

Tidak berkuasa sedikit jua; lemah sekali.

 

Lihat selanjutnya...(62)

423

News lords, new laws

Apabila perintah baharu atau orang lain berkuasa, maka peraturan baharu pula diperkenalkan.

Sekali air besar (gedang), sekali tepian beranjak (beralih)

''Last year, we didn't even have to pay a single cent for our quit rent. But now, wea are told to pay up,'' I said ''Well, that was last year. Now we have a new government. News lords, new laws,'' replied my boss.

''Tahun lepas kita tak perlu bayar satu sen pun cukai tanah. Tapi sekarang kita kena bayar pula,'' kataku. ''Itu tahun lalu, sekarang kerajaan baharu. Sekali air besar (gedang), sekali tepian beranjak (beralih),'' jawab ketuaku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
racun sekejap Tbsejenis racun berbisa yang digunakan dalam tempoh masa yang singkat seperti dua atau tiga hari.Sakit yang dideritai oleh Apu ini juga adalah ekoran daripada racun yang pernah diberikan kepadanya oleh seorang manusia yang berhati binatang. Waktu itu Apu sengaja dijemput ke rumah orang kenduri. Tuhan amat berkuasa. Apu tidak mati, walaupun racun itu adalah racun yang paling berbisa. Kononnya racun itu memang terkenal dengan nama racun sekejap. Racun jenis itu boleh membawa maut kerana boleh menghancurkan jantung si mangsa dalam masa yang singkat.Pulut Kuning Daging RendangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas