Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.kan] | سوکن

Definisi : I segala kegiatan yg memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga (spt berenang, permainan bola sepak, tenis, lumba lari, dll) yg dilakukan sbg acara hiburan (acara pertandingan, kegiatan utk menyihatkan badan, dll); ~ lapangan aktiviti sukan yg dilakukan di lapangan, mis memancing, menembak dan memburu; ~ laut acara-acara sukan yg berlangsung (dipertandingkan) di laut (spt perlumbaan perahu dll); S~ Olimpik sukan sedunia yg diadakan empat tahun sekali; ahli ~ orang yg giat bermain dlm sukan; bersukan melakukan atau menyertai akti­viti sukan: Andy sering mengajaknya ~ di kawasan itu; kesukanan perihal sukan: semangat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.kan] | سوکن

Definisi : sj tumbuhan (herba), Coleus amboi­nicus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.kan] | سوکن

Definisi : segala jenis latihan gerak badan dan permainan (spt bola sepak, be­renang) yg memerlukan tenaga dan ketangkasan: ~ Olimpik sukan seluruh dunia yg diadakan empat tahun sekali. ~ lapangan aktiviti sukan yg dilakukan di lapangan, mis memancing dan menembak. bersukan bergiat dlm sukan; melakukan atau menyertai akti­viti sukan: Dia sentiasa kelihatan sihat kerana sering ~. kesukanan hal-hal yg berkaitan dgn sukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

480

Practice makes perfect

Perkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya.

Alah bisa tegal biasa

''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember practice makes perfect,'' the coach said to the young talent.

''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, alah bisa tegal biasa,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(15)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tarik lampung Ibsejenis sukan tradisional masyarakat Iban yang menggunakan kayu untuk menarik antara satu sama lain.Mereka juga kerap kali mengetuai budak-budak melibatkan diri dalam bidang sukan seperti berlari, melompat, berlawan tangan dan jari, tendang-menendang, tarik lampung dan tarik tali dan bermain gasing.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
maang, *mang* Ibpedar.....beranakkan Sukan Nayan yang datang dari Karangan Lansar Nunggar, beristerikan Anggil bergelar Puchuk Langgir Muda yang diperah berasa pedar maang, beranakkan lyak Tinchik Betanggi, Endu Tali Gantong Kalingkang, bersuamikan Gerunsa, Dua Nama mindah Nu Nunggang.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mipulos Kdgusti tangan.Dua peserta dari suku kaum Dusun Subpan Lahad Datu, Rina Kalong, 19 dan Rina Baginda, 25, (Kanan) beradu kekuatan ketika menyertai sukan tradisional mipulos (gusti tangan) sempena sambutan Pesta Kaamatan di Hongkod Koisaan, di Panampang, Ahad lepas.Daily Express (Harian Ekspres)Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas