usus kecil | small intestine | Bahagian salur pencernaan yang terletak di antara perut dengan kolon. Bahagian ini terdiri daripada duodenum, jejunum dan ileum. Jejunum ialah bahagian usus kecil yang terletak di antara duodenum dengan ileum, manakala ileum ialah bahagian bawah usus kecil. Salur ini juga ialah tempat penyerapan makanan tercerna. | Menengah Rendah |
jejunum | jejunum | Bahagian usus kecil mamalia yang terletak di antara duodenum dengan ileum. Penyerapan hasil pencernaan banyak berlaku di bahagian ini. | Menengah Atas |
anak mata | pupil | Bahagian bukaan kecil bulat berwarna hitam di tengah-tengah iris mata yang berfungsi untuk mengawal kemasukan cahaya ke dalam retina. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
duodenum | duodenum | Bahagian pertama usus kecil yang terletak di antara perut dengan jejunum, berbentuk ladam dan terlibat secara aktif dalam pencernaan makanan. | Menengah Rendah |
ileum | ileum | Bahagian distal usus kecil, iaitu dari jejunum ke sekum. Lihat Rajah | Menengah Atas |
duodenum | duodenum | Bahagian pertama usus kecil vertebrata, salah satu tempat pencernaan makanan yang menerima cairan dari pundi hempedu serta pankreas. | Menengah Atas |
serangga | insect | Kumpulan haiwan invertebrat yang kecil, mempunyai tiga bahagian badan (kepala, toraks, abdomen) dan tiga pasang kaki. Serangga mempunyai abdomen yang bersegmen. Contohnya, belalang. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
sengat | sting | Bahagian tajam yang mengandungi bisa, yang terdapat pada haiwan kecil seperti lebah, lipan, dan kala jengking. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
serangga | insect | Kumpulan haiwan kecil yang berkaki enam, terdiri daripada tiga bahagian, iaitu kepala, toraks, dan abdomen. Contohnya, seperti lalat dan nyamuk. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
bronkiol | bronchiole | Salur yang paling kecil dan berdinding nipis dalam paru-paru, dan di bahagian hujungnya terdapat alveolus. | Menengah Rendah |