metamorfosis | metamorphosis | Perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku dalam kitar hidup sesuatu organisma daripada peringkat awal sehingga dewasa, seperti yang berlaku pada serangga dan amfibia. Perubahan ini berlaku secara mendadak atau secara beransur-ansur. Metamorfosis terbahagi kepada metamorforsis tak lengkap dan metamorfosis lengkap. | Menengah Atas |
pertunasan | budding | Proses pembiakan aseks yang melibatkan perkembangan unjuran atau tunas pada tumbuhan yang matang. Pembentukan individu baharu terhasil daripada tunas yang tertanggal daripada induk. | Menengah Rendah |
bahan buangan | waste product | Bahan yang terhasil daripada proses biokimia, yang tidak boleh digunakan dan perlu dikeluarkan daripada tubuh. | Menengah Atas |
sistem integumen | integumentary system | Lapisan paling luar yang terdiri daripada kulit, kuku dan rambut yang melindungi tubuh daripada kecederaan. | Menengah Atas |
diafragma | diaphragm | Tisu yang terdiri daripada otot yang memisahkan rongga toraks daripada rongga abdomen. | Menengah Rendah |
pengguna sekunder | secondary consumer | Organisma yang sebahagian besarnya terdiri daripada haiwan karnivor yang memakan pengguna primer. Pengguna sekunder seperti tikus dan burung akan memakan pengguna primer seperti belalang yang mendapatkan makanan daripada pengeluar. | Menengah Rendah |
kekerdilan | dwarfism | Keadaan saiz individu yang lebih kecil daripada normal, akibat kerencatan pertumbuhan yang mungkin berpunca daripada kekurangan beberapa hormon. | Menengah Atas |
kapur | lime | Bahan berwarna putih dan halus yang terhasil daripada batu sedimen dan membentuk batuan yang terdiri daripada mineral kalsium. | Menengah Rendah |
sinar inframerah | infrared ray | Sinaran elektromagnet yang mempunyai jarak gelombang yang lebih panjang daripada cahaya merah, tetapi pendek daripada gelombang mikro. | Menengah Atas |
keimunan | immunity | Keupayaan organisma untuk melindungi dirinya daripada penyakit. | Menengah Rendah |