Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
penempelanimplantationProses pelekatan ovum tersenyawa pada dinding uterus di peringkat awal kehamilan.Menengah Rendah
jisimmassKuantiti jirim dalam jasad. Kuantiti ini tetap, tidak kira sama ada jasad tersebut berada di bumi, di bulan, atau di planet lain. Jisim berbeza daripada berat kerana jisim bebas daripada pengaruh graviti. Jisim disukat dalam unit kilogram.Menengah Atas
parasitparasiteOrganisma yang hidup di permukaan atau di dalam perumah. Parasit mendapatkan keuntungan daripada perumah tetapi memudaratkan perumah tersebut. Parasit yang hidup di permukaan perumah disebut ektoparasit, manakala yang hidup di dalam perumah disebut endoparasit.Menengah Rendah
akuatikaquaticPerihal tumbuhan atau hidupan yang hidup di dalam atau di atas air.Menengah Rendah
sitokinesiscytokinesisPembahagian sitoplasma di akhir peringkat telofasa.Menengah Atas
termometer klinikclinical thermometerTermometer yang digunakan khusus untuk mengukur suhu badan manusia. Bahagian hujung termometer akan diletakkan di bahagian bawah lidah, di bawah ketiak atau di hujung dubur. Lihat RajahMenengah Rendah
persenyawaan in vitroin vitro fertilizationPersenyawaan yang berlaku di luar badan organisma, dalam keadaan terkawal di makmal.Menengah Atas
tumbuhan akuatikaquatic plantTumbuhan yang hidup di dalam atau di atas air. Contohnya, pokok kiambang.Menengah Rendah
wap airwater vapourAir yang terkandung di atmosfera dan berada di bawah takat suhu didih.Sekolah Rendah
daun hidrofitikhydrophytic leavesDaun tumbuhan yang hidup di dalam air atau di dalam persekitaran berkelembapan tinggi.Menengah Atas
12345678910...

Kembali ke atas