Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tempat (kata nama)
1. Bersinonim dengan bekas: wadah

2. Bersinonim dengan kawasan: daerah, wilayah, rantau, ceruk, kampung, desa, negeri, negara, provinsi,

3. Bersinonim dengan kedudukan: letaknya, lokasi,

Kata Terbitan : setempat, menempati, menempatkan, penempatan,

Puisi
 

Seluar genggang baju genggang,
     Pakai anak raja seberang;
Biarlah baik mencampak lenggang,
     Kita berdagang di tempat orang.


Lihat selanjutnya...(84)
Peribahasa

Tempat makan jangan diberaki.

Bermaksud :

Jangan berbuat angkara di tempat mencari makan atau di tempat menumpang.

 

Lihat selanjutnya...(49)

499

When in Rome, do as the Romans do

Apabila berada di tempat atau Negara orang, kita haruslah mengikut aturan atau kebiasaan yang diamalkan di situ.

Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut

You should take off your shoes when entering a house because in this country, it's considered impolite not to. When in Rome, do as the Romans do!

Kita haruslah membuka kasut apabila memasuki rumah orang kerana di negara ini, kita dianggap kurang sopan jika tidak berbuat demikian. Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(17)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
faunafaunaHaiwan yang hidup di sesuatu tempat pada masa tertentu.Menengah Rendah
penyejukbekuanfreezingProses mengawet bahan makanan dengan cara menyimpan makanan di dalam tempat sejuk sehingga beku.Sekolah Rendah
pendinginancoolingProses mengawet bahan makanan dengan cara menyimpan makanan tersebut di dalam tempat sejuk.Sekolah Rendah
gunung berapivolcanoLohong di permukaan bumi tempat magma dan gas meletus.Menengah Rendah
enzim intraselintracellular enzymeEnzim yang aktif hanya di dalam sel tempat ia terbentuk.Menengah Atas
wabakepidemicPenularan suatu penyakit yang merebak dengan cepat di kalangan penduduk sesuatu tempat. Contohnya, taun dan cacar.Sekolah Rendah
alveolusalveolusPundi udara yang halus dalam paru-paru, terletak di hujung bronkiol, tempat berlakunya pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida.Menengah Atas
alveolusalveolusPundi udara yang halus di dalam paru-paru tempat berlakunya pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Pada paru-paru vertebrat, rongga ini mempunyai membran yang nipis, kaya dengan rangkaian kapilari darah dan terletak di hujung bronkiol. Dindingnya yang lembap berperanan sebagai permukaan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lihat RajahMenengah Rendah
jarakdistancePanjang di antara dua titik atau dua tempat. Lihat RajahSekolah Rendah
habitathabitatTempat tinggal semula jadi atau persekitaran bagi haiwan, tumbuhan atau benda hidup lain. Contohnya, habitat beruang kutub ialah di Kutub Utara. Lihat RajahSekolah Rendah
12

Kembali ke atas