Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ha.ja] | سهاج

Definisi : 1. yg satu-satunya, cuma, hanya, melainkan: tuan ~ yg dapat menolong saya; 2. selalu (demikian), terus (demikian): ia mengeluh ~; 3. juga (demikian), juga (begitu): muzik sama ~ mustahaknya dgn bahasa atau kesusasteraan; 4. barang ... pun, sebarang: apa ~; siapa ~; di mana ~; bila ~; 5. dgn mudah, dgn senang: disembelihnya ~ kijang yg tidak dapat berlari lagi itu; 6. -lah (sbg anjuran), lebih baik: makan ~ apa yg ada; 7. sangat (utk mengeraskan kata sebelumnya), sekali: mudah ~ mengalahkan orang itu; 8. sememangnya, memang: ~ sebenarnyalah pekerjaan spt titah duli tuanku itu; 9. sengaja, dgn niat sendiri: ~ aku mengerjakan umrah dan ihram dengannya kerana Allah Taala; 10. spt biasa (tidak ditambah-tambah): dgn mata ~ dapat dilihat bintang itu; ~ bahasan prb sudah menjadi kebiasaan; bersahaja, bersahaja-sahaja 1. sederhana (pakaian dll), tidak ditokok tambah (dihiasi dll), tidak secara berlebih-lebihan, biasa: perayaan yg ~; 2. sewajarnya, tidak dibuat-buat (dipaksa-paksakan dsb): watak-watak kelihatan hidup, bertindak mengikut pe­ngaruh sekitar yg melingkunginya sehingga pertentangan yg ada menjadi ~ dan meyakin-kan; 3. dlm keadaan kuno, primitif: mereka itu dapat hidup di tengah-tengah rakyat yg masih ~ dlm hutan; kebersahajaan sifat atau keadaan bersahaja: ~nya menyampaikan ceramah itu menarik perhatian pendengar; menyahaja sl melakukan sesuatu dgn sengaja: bukan disahaja sebab akal budak; menyahajakan 1. menyederhanakan, memu-dahkan; 2. melakukan dgn sengaja; kesahajaan perihal sahaja, kesederhanaan; persahajaan perihal bersahaja; saja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ha.ja] | سهاج

Definisi : saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.ha.ja] | سهاج

Definisi : 1 memang demikian (ke­adaannya dll); sudah sememangnya: Jika layu rumput di halaman Yang Dipertuan, ~ spt titah yg maha mulia itu patik kerjakan. 2 tidak perlu ditokok atau ditambah; apa-apa yg ada: Dgn mata kasar ~ pun, kita dpt melihatnya dgn jelas. Makin ~, makin elok parasnya. 3 dgn sengaja; dgn rela hati; tidak dipaksa-paksa: ~ aku sembahyang subuh, dua rakaat tunai kerana Allah Taala. bersahaja dgn apa-apa yg ada; tidak berlebih-lebih; sederhana: pakaian yg ~; hidup ~. menyahajakan melakukan sesuatu dgn sengaja. mempersahajakan men­­jadikan bersahaja (sederhana); me­mudahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sahaja (kata tugas)
1. Bersinonim dengan satu-satunya: cuma, hanya, melainkan, semata-mata, belaka,

2. Bersinonim dengan selalu: sering, terus, berlarut-larut, berlanjutan, berpanjangan, tidak putus-putusnya, sentiasa, selamanya, sepanjang masa,
Berantonim dengan jarang-jarang

3. Bersinonim dengan juga: jua

4. Bersinonim dengan sebarang: pun, juga, jua,

5. Bersinonim dengan dengan niat: sengaja, dibuat-buat, sengeleng,

Kata Terbitan : bersahaja, bersahaja-sahaja, menyahajakan,

Puisi
 

Pinang muda sedang dicacak,
     Cacak sahaja di dalam cawan;
Orang muda sedang berkacak,
     Kacak sahaja belum melawan.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

48

Don't bite off more than you can chew

Jangan lakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang tidak mampu ditangani atau yang melebihi kebolehan diri.

Baru bertatih hendak berlari, tersembam

Don't bite off more than you can chew. This mega project is far too complex to be handled by a single person. You'd better forget.

Baru bertatih hendak berlari, tersembam. Projek raksaksa itu terlalu rumit dan sukar untuk kau tangani seorang. Lebih baik kau lupakan sahaja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(15)

Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
read only memory (ROM)memori hanya bacaingatan baca sahajaingatan baca sahajaTeknologi Maklumat
Read Only Memory (ROM)Memori Hanya Baca (ROM)Ingatan Baca SahajaIngatan baca SahajaTeknologi Maklumat
read-only memory (ROM)memori baca saja (ROM)ingatan baca sahaja (ROM)ingatan baca sahaja (ROM)Teknologi Maklumat
read-only optical diskcakram optik baca sajacakera optik baca sahajacakera optik baca sahajaTeknologi Maklumat
programmable read-only memory (PROM)memori hanya-baca terprogramaningatan baca sahaja teraturcarakaningatan baca sahaja boleh atur caraTeknologi Maklumat
Programmable Read Only Memory (PROM)Memori Hanya Baca Terprogram (PROM)Ingatan Baca Sahaja Boleh Atur Cara (PROM)Ingatan Baca Sahaja Boleh Atur Cara (PROM)Teknologi Maklumat
programmable read-only memory (PROM)memori baca saja bisa program (PROM)ingatan baca sahaja boleh atur cara (PROM)ingatan baca sahaja boleh atur cara (PROM)Teknologi Maklumat
erase programmable read only memory (EPROM)ingatan hanya baca terprogramkan hapusingatan baca sahaja boleh program padamingatan baca sahaja boleh atur cara boleh padamKejuruteraan
Erasable Programmable Read Only Memory (EPROM)Memori Hanya Baca Terprogram Terhapus (EPROM)Ingatan Baca Sahaja Teraturcarakan Terhapuskan (EPROM)Ingatan Baca Sahaja Boleh Atur Cara-PadamTeknologi Maklumat
DVD Read Only Memory (DVD-ROM)DVD Memori Baca Saja (DVD-ROM)DVD Ingatan Baca Sahaja (DVD-ROM)DVD Ingatan Baca Sahaja (DVD-ROM)Teknologi Maklumat
12

Kembali ke atas