Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sung.gu.han] | کسوڠݢوهن

Definisi : perihal (sikap dsb) sungguh­-sungguh, kebulatan hati, minat serta kete­kunan (melakukan sesuatu), ketulusan: ia mendengarnya dgn penuh ~; satu persoalan yg dapat kita lihat amat relevan sekarang ialah ketegasan dan ~ kerajaan dlm usaha­nya melaksanakan penggunaan bahasa Melayu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sung.gu.han] | کسوڠݢوهن

Definisi : 1 keadaan sungguh; kebenaran: ~ pengakuannya itu masih diragui. 2 perbuatan yg bersungguh-sungguh; ketekunan: Dgn berkat ~ hatinya, sampailah Marco Polo di Negeri China. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sungguh
1. Bersinonim dengan benar
( betul, tepat, sah, sahih, jola, sengoti, tahkik, temen, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan sangat
( amat, terlalu, nian, betul, )
(kata tugas:)

3. Bersinonim dengan memang
( sememangnya, sebenarnya, sebetulnya, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : sesungguhnya, bersungguh-sungguh, kesungguhan, penyungguhan,


Kamus Thai Melayu Dewan

Kamus Thai 2.indb
DBP mahu pun PSU yang berusaha merealisasikan memorandum persefahaman DBP-PSU sehingga matlamatnya tercapai. Jutaan terima kasih ditujukan khusus kepada DBP atas niat murni dan segala sumbangan yang dihulurkan. Tanpa kesungguhan DBP dan ketabahan serta ketekunan penyusun menghadiri setiap bengkel Kamus Thai-Melayu yang dijalankan sejak tahun 2001, tentu sekali hasil yang sangat bernilai ini tidak akan wujud. Profesor Madya Dr

Kembali ke atas