Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[run.cing] | رونچيڠ

Definisi : 1. lancip ke hujung, berhujung tajam (lancip): jarinya yg ~; bambu ~ buluh yg ditajamkan hujungnya (tombak drpd buluh); 2. ki genting atau memuncak, tegang (ke­adaan, perselisihan, dll): ketegangan antara Filipina dgn Malaysia bertambah ~; ~ tanduk bangkah kening prb sudah terkenal ke­ja­hatannya; meruncing 1. menjadi runcing, berbentuk runcing (lancip): dicabutnya turus pagar yg ~ halus; benua itu ~ ke arah selatan tetapi membesar di sebelah utara; 2. ki menjadi genting atau memuncak (keadaan, per­se­lisihan, dll), menjadi tegang: keretakan itu semakin melebar dan ~; meruncingkan 1. membuat jadi runcing (lancip), meraut (mengasah dll) supaya runcing: ranjau ialah buluh yg diruncingkan tajam; masing-masing dgn batang kayu yg di­pe­r­buat spt galah dan diruncingkan hujung­nya; 2. menyebabkan genting (suasana dll): maka anasir-anasir komunis itu akan ~ lagi suasana dlm negeri; memperuncing mem­pertajam atau mem­perhalus (semangat, pen­dengaran, dll): dan diperuncingnya pen­dengarannya; ia ~ telinganya; keruncingan 1. perihal runcing; 2. ke­gen­tingan (keadaan, perselisihan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[run.cing] | رونچيڠ

Definisi : 1 makin ke hujung makin kecil dan tajam; lancip ke hujung: Pensel ini ~. Jarinya ~. 2 ki genting atau memuncak (bkn keadaan, perselisihan dll): Perselisihan antara kedua-dua negara itu bertambah ~. meruncing 1 berbentuk runcing; menjadi runcing: Benua India ~ ke selatan. 2 menjadi genting atau memuncak; menjadi tegang (bkn keadaan dll). meruncingkan 1 membuat supaya runcing. 2 menyebabkan genting atau tegang (bkn keadaan, suasana dll). memperuncing menjadikan lebih runcing. keruncingan 1 keadaan atau sifat runcing. 2 keadaan atau hal genting; kegentingan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
runcing (adjektif)
Bersinonim dengan rancung, lancip, tirus, cerucup, gonjong, loncos, merunjung, mengerucut, luncung, rancap;,
Kata Terbitan : meruncing, meruncingkan, keruncingan,

Peribahasa

Runcing tanduk bangkah kening.

Bermaksud :

Sudah terkenal jahatnya. bangkah kening = dahinya berbelang, tanda jahat.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
temporal. (UBAT) apicolysis (apikolisis) Pembedahan dinding toraks untuk mengempiskan apeks paru-paru. (UBAT) apiculate (apikulat) Merujuk kepada struktur yang mempunyai apikulus. (BIO) apiculus (apikulus) Apeks atau hujung yang tajam atau runcing, tetapi tidak tirus seperti pada pangkal basidiospora. Bahagian ini melekat pada sterigma. Semasa pelepasan spora, titisan cecair juga turut dikeluarkan dari bahagian ini. (BIO) apileat (apileat) Lihat resupinate. (BIO) apitoxin oleh gelombang laut seismik selepas terjadinya gempa bawah laut atau letupan gunung berapi. (HID) earthworm (cacing tanah) Cacing dalam filum Annelida. Badannya bersegmen dan bahagian anterior badan lebih gelap dan runcing daripada bahagian posterior. Cacing ini tidak berkepala dan tidak mempunyai organ deria yang ketara. Cacing ini hidup earth inductor earthworm Kamus Sains.indb 292 7/8/08 11:48:50

Kembali ke atas