Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
putih (adjektif)
1. Dalam konteks warna
bersinonim dengan semerdanta, bulai, andan, kinantan, abiad, sabun, senantan, melepak, jelepak,
Berantonim dengan hitam

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bersih, suci, kudus, murni, nirmala, tulen, ceria,
Berantonim dengan tercemar

Kata Terbitan : memutihkan, keputihan,

Puisi
 

Burung putih terbang malam,
     Hinggap balai raja;
Kain putih atas tilam,
     Buat pengesat air mata.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Arang itu,
     jika dibasuh dengan air mawar sekalipun,
tiada akan putih.

Bermaksud :

Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Burung gagak itu jika dimandikan dengan air mawar sekalipun, tiada akan menjadi putih bulunya, c. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya).

 

Lihat selanjutnya...(6)

27

Better death than dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Biar putih tulang, jangan putih mata

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Biar putih tulang, jangan putih mata. Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
air putih palm oil plantation sdn bhd5769/2015TiadaMajlis Perbandaran KuantanPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201502/05947Lulus14/02/201518/02/201515:34:41
Delima Billboard - Air Putih23262/2015TiadaMajlis Perbandaran KuantanPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201506/08258Lulus18/06/201519/06/201508:32:34
MAMA ORIGINAL RECIPE NASI KUKUS12572/2015A-87 JALAN AIR PUTIH, 25300 KUANTAN, TEL : 0199463676 WAKTU PERNIAGAAN 10.00 PAGI-10.00 MALAMMajlis Perbandaran KuantanMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201504/05674Lulus07/04/201507/04/201516:12:10
Dobi16375/2015Kedai Dobi Layan diri DOBI NO. 1 DI KUANTAN JOM CUCU JIMAT BELANJA JIMAT MASA MUDAH DIGUNAKAN Sekarang Semua Boleh Cuci Bila-bila Masa Lokasi: Bersebelahan Pejabat POS Air PutihMajlis Perbandaran KuantanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201504/08955Lulus28/04/201530/04/201514:00:57

Kembali ke atas