Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[had] | حد

Definisi : 1. batas, perenggan: kesabaran manusia ada ~nya; ~ laju batas laju (kelajuan maksimum yg dibolehkan atau dibenarkan); 2. hingga (sampai) ke, setakat: boleh masuk ~ serambi sahaja; kain disingsingnya ~ lutut; ~ itulah yg terbaca oleh saya; berhad berbatas, berhingga: kekuasaan Tuhan tidak ~; syarikat ~ syarikat yg tang­gungannya terbatas kpd modal dan harta­nya sahaja (tidak meliputi harta peribadi pemi­lik­nya atau pemegang sahamnya); mengehadkan 1. menentukan hadnya (ba­n­yaknya, luasnya, perenggannya, dll), mem­batasi: kelab itu ~ bilangan ahlinya kpd 100 orang sahaja; percubaan ini dijalankan di dlm tempat yg dihadkan bekalan udaranya; 2. mengkhususkan, menguntuk­kan: seorang pekedai akan ~ jualan hutang kpd pelang­gan-pelanggannya sahaja; ahli ekonomi kurun ke-19 mahu ~ tugas kerajaan kpd hal menjaga undang-undang dan ke­amanan negeri sahaja; terhad 1. ditentukan batas atau perenggan­nya, terbatas: kebebasan bekas tahanan itu ~ di dlm daerahnya sahaja; 2. khusus (utk): faedah drpd keuntungan syarikat kerjasama ~ utk ahli-ahlinya; keterhadan perihal (keadaan) terhad, ke­terbatasan: ~ dan kelemahan manusia; pengehadan perihal mengehadkan, pem­batasan: perintah ~ kediaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[had] | حد

Definisi : garis yg terakhir; batas: Kesabaran manusia ada ~nya. berhad ada hadnya; berbatas: Kekuasaan Tuhan tidak ~. mengehadkan menentukan hadnya (banyaknya, luasnya dll) supaya tidak melebihi sesuatu yg telah ditetapkan: Kelab itu ~ bilangan ahlinya kpd seratus orang saja. terhad telah ditentukan hadnya; terbatas: Kuasa yg diberikan kpdnya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
had (kata nama)
Bersinonim dengan batas, takat, sempadan, perenggan, hingga, enggat, senggat;,
Kata Terbitan : berhad, mengehadkan, terhad, pengehadan,


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Percuma Tanpa Had10575/2016Percuma Tanpa Had Facebook Tanpa HAD Internet Pantas Larut Malam Tanpa HAD Panggilan Tanpa HADMajlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya IslamTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201603/09924Lulus08/03/201610/03/201609:12:47
Percuma Tanpa Had10574/2016Percuma Tanpa Had Facebook TANPA HAD Internet Pantas Larut Malam Tanpa HadMajlis Bandaraya Kuala TerengganuTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201603/09923Lulus08/03/201610/03/201609:11:37
WeBe Mobile56468/2016Selamanya RM 79 untuk semua! tempoh promosi terhad data tanpa had berbual tanpa had SMS tanpa had tanpa kontrak langgani sekarangDewan Bandaraya Kuala LumpurTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201611/12151Lulus11/11/201614/11/201608:51:01
Bangunan Putih Hotlink KB12335/20161. Hotlink No.1 4G LTE 2. Percuma Tanpa Had 3. Superrr Internet 4. Facebook Tanpa Had 5. Internet Larut Malam Tanpa Had 6. Panggilan Tanpa HadMajlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya IslamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201603/11063Lulus16/03/201617/03/201611:24:49
Bangunan Oren Hotlink KB12334/20161. Hotlink No.1 4G LTE 2. Percuma Tanpa Had 3. Superrr Internet 4. Facebook Tanpa Had 5. Internet Larut Malam Tanpa Had 6. Panggilan Tanpa HadMajlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya IslamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201603/11064Lulus16/03/201617/03/201611:25:11
PASCABAYAR PALING MURAH59674/2016PASCABAYAR PALING MURAH HANYA PANGGILAN PERCUMA TANPA HAD! INTERNET TANPA HAD RANGKAIAN 4G LTE WWW.REDONE.COM.MY FACEBOOK.COM/RED1MOBILE PELAN PANGGILAN PELAN INTERNET REDONE BACK TO BASICS RM8/BULANMajlis Daerah RaubTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201611/15166Lulus29/11/201630/11/201609:42:54
MAXIS ONE HOME59395/2016JALUR LEBAR 100MBPS DI SETIAP BILIK HIBURAN FILEM TERHANGAT TANPA HAD PANGGILAN TANPA HAD NIKMATI LEBIH DENGANDewan Bandaraya Kuala LumpurTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201611/14581Lulus24/11/201625/11/201615:11:34
PASCABAYAR PALING MUDAH HANYA RM8/Bulan18010/2016www.redone.com.my facebook.com/red1mobile LIPUTAN 4G LTE! INTERNET TANPA HAD! PANGGILAN PERCUMA TANPA HAD!Dewan Bandaraya Kuala LumpurTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201604/11249Lulus15/04/201618/04/201609:58:41
PASCABAYAR PALING MUDAH HANYA RM8/Bulan18012/2016www.redone.com.my facebook.com/red1mobile LIPUTAN 4G LTE! PANGGILAN PERCUMA TANPA HAD! INTERNET TANPA HAD!Dewan Bandaraya Kuala LumpurTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201604/11252Lulus15/04/201618/04/201609:59:41
Tanpa Had51330/2015Tanpa Had Pas Bulanan (Badan/Muka/Payudara) Hanya RM399 (Tertakluk Pada Terma & Syarat) Untuk 50 pelanggan pertama sahajaMajlis Perbandaran KlangPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201512/08501Lulus16/12/201516/12/201514:27:37
12345678910...

Kembali ke atas