Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.tang] | هوتڠ

Definisi : 1. wang dll yg dipinjam drpd orang lain: jangan-jangan ~ itu tak terbayar lagi; belian (jualan) ~ belian (jualan) yg bayar­annya ditangguhkan; membayar ~ me­ngembalikan wang dll yg dipinjam dr orang lain; memberi ~ memberi pinjaman wang; menagih ~ memungut (menuntut kembali) wang yg dipinjamkan; mendapat ~ mendapat pinjaman wang; 2. kewajiban (perasaan ber­kewajiban) membayar balik sesuatu yg dite­rima; ~ bercagar hutang yg diberikan dgn si berhutang mencagarkan sesuatu (spt barang-barang kemas, rumah, tanah, dsb); ~ budi kebaikan yg diperoleh dan yg harus dibalas; ~ darah tuntutan bela (atau bayaran) terhadap seseorang (pihak dll) yg telah melakukan kekejaman dll; ~ lapuk hutang yg tidak berbayar; ~ piutang (wang) yg dipinjam dr dan yg dipinjamkan kpd orang lain, berbagai-bagai hutang; ~ (di) sekeliling pinggang terlalu banyak hutang; surat ~ surat peng­akuan hutang; ~ biduk belum langsai, ~ pengayuh tiba pula = ~ samir belum langsai, ~ kajang datang pula = ~ tembilang belum langsai, ~ tajak tiba pula prb hutang yg lama masih belum habis dibayar datang pula orang menagih hutang yg baru; ~ sebelit (selilit) pinggang = ~ tiap helai bulu = sebanyak ~ si Jibun prb seseorang yg sangat banyak hutangnya; berhutang mempunyai hutang (kpd), me­minjam wang dll drpd seseorang: ia pernah ~ pd ceti; si ~ orang yg berhutang; tempat ~ orang dll yg memberi hutang; ~ berbaris bp berhutang banyak-banyak (drpd berbagai-bagai punca); ~ budi menerima kebaikan orang lain (wajib membalas kebaikan orang); ~ nyawa terselamat hidupnya (ter­selamat oleh pertolongan orang); menghutangkan, memperhutangkan me­min­jamkan wang atau benda kpd seseorang; terhutang 1. sudah berhutang; 2. ~ budi sudah menerima kebaikan orang (tetapi belum berbalas); hutangan Id wang (benda) yg didapati kerana berhutang; orang ~ Id ark orang yg berhutang; perhutangan perihal hutang-berhutang; orang ~ Id ark orang yg memberi hutang (peminta, pemungut, atau penagih hutang); penghutang orang atau pihak yg berhutang, peminjam wang: cagaran merupakan jamin­an utk pemiutang jika ~ tidak memenuhi kewajiban atau gagal membayar kembali pinjamannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.tang] | هوتڠ

Definisi : 1 wang dll yg dipinjam drpd orang lain: Dia berjimat kerana hendak menjelaskan ~nya. 2 kewajipan membayar balik apa-apa yg sudah diterima. ~ budi kebaikan orang lain terhadap diri sendiri yg patut dibalas. ~ lapuk hutang yg tidak berbayar. ~ piutang wang yg dipinjam drpd orang lain atau yg dipinjamkan kpd orang lain; ber­bagai-bagai hutang. ~ keliling pinggang terlalu banyak hutang. berhutang meminjam wang dll drpd seseorang: Dia tidak pernah ~. menghutangi memberikan wang dll sbg hutang kpd: Dia ~ saya seratus ringgit. menghutang­kan memberikan pinjaman (wang dll): meminjamkan (wang dll): Saudagar itu banyak ~ wang kpd orang susah. terhutang 1 sudah berhutang. 2 = berhutang sudah menerima kebaikan orang tetapi belum dpt membalasnya: Sampai sekarang saya masih ~ budi kpd­nya. perhutangan perbuatan atau hal berhutang. peng­hutang orang yg berhutang (kpd orang lain). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hutang (kata nama)
Bersinonim dengan pinjaman, piutang, kredit, bareh, tunggakan;,
Kata Terbitan : berhutang, menghutangkan, memperhutangkan, terhutang, penghutang,

Puisi
 

Pisang emas bawa belayar,
     Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
     Hutang budi dibawa mati.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Utang (hutang) biduk belum langsai,
     utang (hutang) pengayuh datang pula.

Bermaksud :

Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Samir tak habis, kajang pula, b. Utang [hutang] samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula, c. Utang [hutang] tembilang belum langsai, utang [hutang] tajak tiba pula).

 

Lihat selanjutnya...(26)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PEMBERI PINJAM WANG BERLESEN12174/2016SELESAIKAN HUTANG ANDA DI SYARIKAT LAIN. HAD PINAMAN 8X KALI GANDA GAJI PINJAMAN MUDAH , BAYARAN RENDAH.Majlis Daerah Kuala SelangorPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201603/10946Lulus16/03/201616/03/201615:54:52
PEMBERI PINJAM WANG BERLESEN52754/2015Pemberi pinjam wang berlesen -selesaikan hutang anda di syarikat lain - had pinjaman 8 kali ganda gaji company no.tel No.Lesen : WL6466/10/01-1/150316 Tempoh sah lesen : 16/03/2014 - 15/03/2016 No.Permit : WP6466/10/01-1/150316 Tempoh sah permit :Majlis Daerah Kuala SelangorPerbankanTiadaDBP/KPB/201512/09686Lulus23/12/201528/12/201512:29:02
Perkahwinan Eksklusif Mega Perak 201717866/2017Perkahwinan Eksklusif Mega Perak 2017 Jauhi zina dan elakkan hutang dalam membina keluarga bahagia 7/7/2017 RM 7777 Sahaja Terhad kepada 17 pasangan sahaja Daftar segera Perkahwinan bertemakan taman perkhidmatan diberi Akad nikah solek pakaian pMajlis Daerah Perak TengahMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201704/15085Lulus10/04/201710/04/201715:49:39
Kami sudah ubah kadar faedah32472/2017sudah ubah; ubah kadar faedah mahu tambah? menambah pinjaman mahu pindah? *pindah hutang lama dari syarikat lainTiadaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201705/20037Lulus30/05/201731/05/201713:40:57
MONEY AIM ENTERPRISE8586/2014NIKMATI KADAR FAEDAH YANG PALING RENDAH DAN LAYANAN YANG PALING MESRA SELESAIKAN HUTANG ANDA DI SYARIKAT LAIN TANPA KAD ATM 03-5519 3393TiadaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201404/04717Lulus29/04/201429/04/201412:19:31
PEMBERI PINJAM WANG BERLESEN15839/2016PEMBERI PINJAM WANG BERLESEN PINJAMAN SEHINGGA 8 KALI GANDA GAJI BAYARAN SEHINGGA 60 BULAN SELESAIKAN HUTANG ANDA DI SYARIKAT LAIN TEL: 05-459 0333 / 019-553 3552 WL6457/10/01-2/150316 TEMPOH SAH LESEN 16-03-2016~15-03-2018 WP6457/10/01-1/150318Majlis Daerah Tanjung MalimPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201604/09735Lulus05/04/201606/04/201610:37:00
Biaya semula kediaman anda hari ini!32489/2016Dapatkan lebih daraipada perbankan anda Keuntungan Kewangan -Kadar keuntungan bank yang lebih rendah -Bayaran bulanan yang lebih rendah -Lebihan wang perbelanjaan bulanan -Dapatkan lebihan tunai -Selesaikan semua hutang sedia ada Urusan MudahMajlis Bandaraya Shah AlamPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201607/09320Lulus30/06/201601/07/201612:27:48

Kembali ke atas