Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.dar] | قدر

Definisi : 1. daya, kemampuan, keupayaan: dia sudah mulai memakai fahamku, iaitu menghadapi hidup dgn ~ yg terdaya; ala ~(nya) menurut daya atau kemampuan (seseorang); menderma ~nya menderma menurut kemam­puannya; 2. perkiraan yg memberikan (menyatakan) sesuatu kuantiti dlm hubung­annya dgn sesuatu unit tertentu sbg asas: ~ kelajuannya ialah 100 km sejam; bilangan penduduk yg bertambah pd ~ 2% setahun; ~ kelahiran (kematian) bilangan yg dilahirkan (mati) dlm jangka waktu tertentu (lazimnya satu tahun) berbanding dgn jumlah penduduk; 3. jumlah atau banyaknya bayaran (cukai dll) yg dikenakan dsb: ~ cukai pendapatan makin meningkat apabila pendapatan seseorang itu makin tinggi; kerajaan juga menaikkan ~ faedah pinjaman bank drpd 6% kpd 8% utk menarik simpanan asing; ~ faedah kadar yg ditetapkan terhadap sesuatu pinjaman atau deposit; ~ pertukaran asing nilai pertukaran sesuatu mata wang dgn mata wang yg lain; 4. perbandingan (berat, darjah, kuantiti, saiz), nisbah: sebatian kimia yg sama terdiri drpd unsur-unsur yg sama yg berpadu antara satu sama lain dlm ~ berat yg sama; kedua-dua oksida mengandungi unsur yg sama (magnesium dan oksigen) yg berpadu dlm ~ berat yg sama (3:2); 5. bahagian yg tulen (sejati) yg terkandung dlm sesuatu (spt emas, perak, dll): ~ emas dlm mata wang emas ini ialah 0.9; 6. harga, nilai, pangkat, taraf (darjat): semuanya dianugerahi baginda persalinan masing-masing pd ~nya; 7. lebih kurang, kira-kira: tahu juga patik barang ~nya; memohonkan berhutang ~ lima puluh rial; 8. hitung panjang, rata-rata: jika saya membeli daun teh 3 kati dgn harga 9 ringgit, saya membeli dgn ~ 3 ringgit satu kati; 9. = sekadar cuma, hanya (utk): akan Tun Ibrahim, hendak masuk takut, ~ berkeliling istana itu juga; sekadar 1. selaras dgn (keperluan dll), secara, sepadan, sesuai dgn: ~ yg diperlukan; 2. = sekadarkan cuma, hanya (utk): berjalan-jalan ini pun ~ menanti waktu maghrib; hanya ~ berolok-olok belaka; 3. seperlunya (seadanya, semampunya, dll): sajian ~nya; sekadar-kadaran seada-adanya, seadanya: permintaan ini hanya ~ sahaja; berkadar berimbang kadarnya atau nisbah­nya (dgn sesuatu), menurut kadarnya atau nisbahnya (dgn sesuatu): darjah pemanjangan sesuatu benda kenyal adalah ~ dgn isi padunya; ~ songsang menurut kadar yg se­baliknya; ~ terus menurut kadar yg sebenarnya; kadaran (Tadb) cukai yg perlu dibayar oleh pemilik harta tanah kpd pihak berkuasa tempatan; perkadaran perihal berkadar, perimbangan mengikut kadar: jika ~ yg serupa dipindahkan pd setiap peringkat umur, pola yg lain masih tetap terhasil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.dar] | قدر

Definisi : Jw; mengadar tidur di luar rumah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.dar] | قدر

Definisi : ark; kain ~ kain yg ditenun sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.dar] | قدر

Definisi : 1 kebolehan atau kekuatan utk membuat sesuatu; keupayaan; daya; kemampuan: Tiap-tiap pekerja telah berderma dgn ala ~nya. 2 perbandingan atau perimbangan (berat, darjah dll); nisbah: Kedua-dua bahan itu bersebati dlm ~ berat yg sama. 3 lebih kurang; kira-kira: ~ sesaat kemudian, muncullah tuan puteri itu. 4 bahagian yg tulen atau yg jati dlm sesuatu (spt emas, perak). 5 sukatan yg dibuat dgn berdasarkan pertalian antara dua nilai yg berlainan: Ia berjalan dgn ~ tiga batu sejam. ~ pertambahan kadar bertambahnya sesuatu nilai dsb berbanding dgn masa dan jumlah yg ada. berkadar berimbang dgn kadarnya; menurut atau mengikut kadarnya: Tekanan gas ~ songsang dgn isi padunya. sekadar 1 sesuai atau seimbang dgn; sepadan dgn: ~ yg diperlukan. 2 hanya; cuma: ~ menunggu perintah ketua utk menyerang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kadar (kata nama)
1. Bersinonim dengan daya: kemampuan, keupayaan, kesanggupan, kebolehan,

2. Bersinonim dengan nilai: harga, taraf, pangkat, kualiti, status,

3. Bersinonim dengan kira-kira: rata-rata, lebih kurang, hitung panjang,

4. Bersinonim dengan nisbah: perbandingan berat, perbandingan darjah, perbandingan kuantiti, perbandingan saiz,

Kata Terbitan : sekadar,


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
KADAR KEUNTUNGAN 4.50%40008/2015KADAR KEUNTUNGAN 4.50% UNTUK TEMPOH 60 BULAN AKAUN DEPOSIT-I BERJANGKA Kadar Keuntungan yang lebih tinggi pengurusan kewangan yang lebih baikTiadaPerbankanTiadaDBP/KPB/201510/07716Lulus08/10/201508/10/201516:23:43
KADAR BAYARAN32535/2016KADAR BAYARAN Jam pertama atau sebahagian daripadanya Rm1.00 sejam Setiap jam berikutnya atau sebahagian daripadanya RM1.00 Kadar Maksimum Harian RM12.00 Kehilangan Tiket RM50.00 NOTIS 1. Pengurusan tidak bertanggungjawab aMajlis Perbandaran Subang JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201607/09280Lulus30/06/201601/07/201611:18:05
Kadar Untung 1.5%42567/2016Kadar Untung 1.5%Majlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201608/12201Lulus26/08/201629/08/201609:21:52
Kadar Bayaran14257/2016Parking Rates / Kadar Bayaran (Inclusive of Service Tax Of 6% / Termasuk Cukai Perkhidmatan 6%) Monday - Friday / Isnin - Jumaat Car Park Operating Hours From 0.00am - 12 Midnight Masa Operasi Parkir Adalah Dari 0.00 Pagi - 12 Tengah Malam FiMajlis Perbandaran Subang JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201604/09436Lulus04/04/201605/04/201608:45:42
NIKMATI KADAR KEUNTUNGAN YANG LEBIH TINGGI30007/2014NIKMATI KADAR KEUNTUNGAN YANG LEBIH TINGGI. 4.38%* dari Deposit Berjangka-i AFFIN ISLAMIC.Majlis Bandaraya Petaling JayaPerbankanTiadaDBP/KPB/201412/03674Lulus01/12/201403/12/201409:34:08
Kami sudah ubah kadar faedah32472/2017sudah ubah; ubah kadar faedah mahu tambah? menambah pinjaman mahu pindah? *pindah hutang lama dari syarikat lainTiadaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201705/20037Lulus30/05/201731/05/201713:40:57
PAPAN IKLAN - KADAR BAYARAN TEMPAT LETAK KERETA SUNWAY PINNACLE7502/2017KADAR BAYARAN TEMPAT LETAK KERETAMajlis Perbandaran Subang JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201702/11542Lulus14/02/201714/02/201715:00:52
Kadar Faedah Pinjaman Dari Serendah 2%26813/2014Kini, Dari Serendah 2% Kadar Faedah Rebutlah tawaran yang tiada tandingannya di siniPihak Berkuasa TempatanPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201411/03775Lulus04/11/201405/11/201409:56:48
Bina kekayaan anda pada kadar pulangan 5.88% setahun Kulai10261/2014Bina kekayaan anda pada kadar pulangan 5.88% setahun dengan HSBC Amanah Deposit Bertempoh - iMajlis Bandaraya Johor BahruPerbankanTiadaDBP/KPB/201405/04414Lulus20/05/201421/05/201409:22:21
Bina kekayaan anda pada kadar pulangan 5.88% setahun NBJ10259/2014Bina kekayaan anda pada kadar pulangan 5.88% setahun dengan HSBC Amanah Deposit Bertempoh - iMajlis Bandaraya Johor BahruPerbankanTiadaDBP/KPB/201405/04413Lulus20/05/201421/05/201409:22:01
12345678910...

Kembali ke atas