Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.cil] | کچيل

Definisi : 1 tidak besar; tidak luas; tidak lebar: rumah ~; meja ~. 2 masih muda atau masih kanak-kanak: anak ~; emak ~ emak saudara yg masih muda. 3 tidak banyak bilangannya; sedikit: bilangan ~ bilangan yg sedikit. 4 tidak penting; tidak mustahak; remeh: perkara ~ perkara yg tidak penting. mengecil menjadi kecil. mengecilkan 1 menjadikan kecil (sempit dll); mengurangkan bilangan (perbelanjaan dll): ~ perbelanjaan. 2 menganggap tidak penting atau tidak mustahak; mengabaikan: Kita tidak dpt ~ jasanya kpd negara. memperkecil menjadikan lebih kecil. kecil-kecilan dgn cara kecil-kecil atau sedikit-sedikit; tidak secara besar-besaran: Mereka mengadakan kenduri secara ~. berniaga secara ~. kekecilan keadaan atau sifat kecil: ~ hidupan seni. pengecilan perbuatan (hal dsb) mengecil atau mengecilkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecil (adjektif)
1. Bersinonim dengan comel: halus, ketot, kemetot, kerdil, kurus, langsing, ramping,
Berantonim dengan besar

2. Bersinonim dengan sempit: tidak lapang, tidak luas, tidak lebar,
Berantonim dengan luas

3. Bersinonim dengan kanak-kanak: budak, muda, mentah, setahun jagung,
Berantonim dengan dewasa

4. Bersinonim dengan sedikit: secubit, sekelumit, sejemput, segenggam, sekepal,
Berantonim dengan banyak

5. Bersinonim dengan remeh-temeh: tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

6. Bersinonim dengan mudah: senang, tidak rumit, tidak sukar, tidak payah,
Berantonim dengan besar

Kata Terbitan : sekecil-kecilnya, mengecil, mengecilkan, memperkecil-kecil, kecil-kecilan, kekecilan,

Puisi
 

Kecil-kecil pengayuh lidi,
     Mari sampai hutan seberang;
Kecil-kecil hendak berbini,
     Apa belanja kulit kerang.


Lihat selanjutnya...(61)
Peribahasa

Kecil-kecil lada api,
     besar-besar limau abung.

Bermaksud :

Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil anak harimau, b. Kecil-kecil cabai rawit, c. Kecil-kecil cili Melaka). limau abung = sebangsa limau besar.

 

Lihat selanjutnya...(127)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Lightbox9058/2015Kecil-Kecil Cili PadiMajlis Perbandaran Ampang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201503/06664Lulus16/03/201517/03/201515:21:13
SI KECIL IBU26718/2017Si Kecil Ibu Butik keperluan ibu dan anak Tel: 03 41419302 FB: Sikecilibu IG: si_kecil_ibuDewan Bandaraya Kuala LumpurButikTiadaDBP/KPB/201705/15395Lulus10/05/201711/05/201709:34:50
Tadika Si Kecil62246/2016Tadika Si Kecil Pintar Seksyen 7, Shah Alam 019 9396908Majlis Bandaraya Shah AlamPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201612/11695Lulus09/12/201613/12/201609:28:43
tadika jari kecil12645/2016Tadika Jari Kecil LITTLE FINGERS KINDERGARTEN Incorporated In Montessori Method (menggunakan Kaedah Mentessori) 07-5622451 016-6662297 012-7532216Majlis Bandaraya Johor BahruPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201603/11359Lulus18/03/201621/03/201607:52:59
Tuisyen Intensif7349/20151) Tuisyen Intensif 2) Success Minds (Logo Syarikat) 3) PT3 & SPM (Singkatan bagi Pentaksiran Tingkatan 3 dan Sijil Pelajaran Malaysia) 4) Kumpulan Kecil 5) Kumpulan Kecil, Keputusan Terjamin 6) Tingkatan 1 - Timgkatan 5 7) www.success-minds.com (laMajlis Perbandaran KluangPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201503/05298Lulus04/03/201505/03/201516:36:40
PAMERAN BERGERAK KERETA HONDA DI PASAR RAYA ECONSAVE PEKAN NANAS.10761/2016HONDA (Huruf saiz besar) The Power Of Dreams (Huruf saiz kecil) PONTIAN (Huruf saiz besar) PAMERAN BERGERAK (Huruf saiz besar) ROADSHOW (Huruf saiz kecil) Kita ada di / We're at (Huruf saiz kecil) PEKAN NANAS (Huruf saiz besar) PANDU UJI DISEDIAKANMajlis Daerah PontianMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201603/09918Lulus09/03/201610/03/201609:03:43
Signboard kecil7738/2017WAKIL PENGEDAR TILAM DREAMLAND KILANG PEMBEKAL DAN MEMBAIKI WHOLESALER & RETAILMajlis Daerah SegamatMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201702/13083Lulus21/02/201722/02/201708:22:58
Kelas Kumpulan Kecil1361/2017TiadaMajlis Perbandaran Subang JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201701/12303Lulus09/01/201710/01/201710:23:20
MR BANNER KECIL63086/2016fail yg saya beri tiada HUJAN DUIT. 10,000 Beg Hadiah PercumaMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201612/12554Lulus18/12/201619/12/201611:46:58
PAPAN IKLAN KECIL24075/2015TiadaMajlis Perbandaran MuarHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201506/08674Lulus22/06/201523/06/201515:19:46
12345678910...

Kembali ke atas