Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.luar.ga] | کلوارݢ

Definisi : 1. = kaum ~ saudara-mara, kaum kerabat, sanak saudara: ia sekarang telah berjauhan dr kaum ~nya; ~ diraja sanak saudara raja yg memerintah; ~ sedarah sekalian orang yg mempunyai perhubungan keturunan antara satu sama lain (sama nenek moyang mereka); ~ semenda sekalian orang yg bertalian (menjadi sanak saudara) kerana perkahwinan; 2. seisi rumah tangga (yg terdiri drpd suami dan isteri atau berserta anak-anak), kelamin, famili: ada beberapa ~ sahaja dlm kampung itu yg hidup mewah; ia berasal drpd ~ yg kaya; kepala ~ orang yg menjadi kepala (ketua) isi rumah tangga; 3. saudara; ~ angkat saudara angkat; 4. kelas hidup­hidupan, famili: ~ merpati; ~ reptilia; berkeluarga 1. mempunyai keluarga (famili, sanak saudara), bersaudara-mara, berkerabat, bersanak saudara: rumah itu tempat penginapan segala dagang yg gharib yg tiada ~; 2. berumah tangga dan hidup berkeluarga, berkelamin, beranak bini, berfamili: tak akan kau membujang selama-lamanya, suatu masa nanti akan ~ juga; kekeluargaan yg berkaitan dgn keluarga atau hubungan sbg anggota di dlm sesuatu keluarga (berasaskan perhubungan keturunan atau disebabkan perkahwinan): itu urusan dan masalah ~ semata-mata; hubungan ~ hu­bungan atau pertalian antara seorang dgn seorang yg lain sbg anggota sesuatu keluarga (famili, kaum kerabat, dsb); perkeluargaan persaudaraan, perhubungan (pertalian, yg bersangkutan dgn) keluarga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.luar.ga] | کلوارݢ

Definisi : 1 suami isteri serta anak-anaknya; seisi rumah tangga: Ia berasal dr ~ orang baik-baik. 2 = kaum ~ saudara-mara; kaum kerabat: Ia ingin bertemu dgn kaum ~nya di kampung. ~ sedarah keluarga yg seketurunan. 3 kelas atau golongan benda hidup: ~ reptilia. berkeluarga 1 mempunyai keluarga; berfamili: Wang sebanyak itu tidak cukup bagi orang-orang yg ~. 2 bersaudara-mara (dgn); bersanak saudara; berkerabat. kekeluargaan hal mengenai keluarga: masalah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau tuan merendam telur,
     Jangan terlupa telur yang masin;
Kalau tuan sudah masyhur,
     Jangan lupa keluarga yang miskin.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Pisang masak separak.

Bermaksud :

Keluarga yang senang dan berbahagia hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Restoran Keluarga AFC2703/2014Restoran Keluarga LOGO Sajian Keluarga Ayam Goreng . Makanan Barat . Makanan Tempatan . Mi Dimiliki oleH: Duta Herbs Sdn Bhd (863664-M) Tel: 03-7832 4443Majlis Bandaraya Shah AlamMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201402/03470Lulus15/02/201417/02/201408:32:22
GENE MARTINO26912/2016GENE MARTINO KELUARGA SEDONDON KELUARGA BAHAGIAMajlis Perbandaran Sungai PetaniMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201606/09540Lulus31/05/201601/06/201609:20:15
SEMPURNAKAN RAYA19380/2016Keluarga Sedondon Keluarga Bahagia Sempurnakan Hari Raya Bersama Gene Mortino Diskaun 10% Hanya Ahli Berstatus GOLD Sahaja Diskaun 20% Hanya Ahli Berstatus ROYAL Sahaja Percuma 1 Bekas Makanan Edisi Terhad! Percuma Sampul Raya Tertakhluk pada teMajlis Daerah PekanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201604/12327Lulus22/04/201625/04/201607:57:20
Melawan Nyamuk Aedes Demi Keluarga Tersayang539/2014Melawan Nyamuk Aedes Demi Keluarga Tersayang Lindungi Keluarga Anda Membunuk Nyamuk Menghalau Nyamuk Aerosol membunuh nyamuk Aedes. Penghalau nyamuk cecair electrik Penghalau nyamuk kepingan elektrik Penghalau Nyamuk Peribadi Hindarkan nyamuk dariMajlis Bandaraya Petaling JayaRacun PerosakTiadaDBP/KPB/201401/02861Lulus10/01/201410/01/201414:08:21
PENANG AYER ITAM PASAR ASAM LAKSA2108/2016NAMA KELUARGA PERNIAGAAN KELUARGAMajlis Bandaraya Shah AlamMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201601/08920Lulus14/01/201614/01/201617:43:18
Melawan denggi17601/2014Melawan denggi untuk keluarga anda dan setiap keluarga. Denggi ialah penyakit bawaan nyamuk.Dewan Bandaraya Kuala LumpurRacun PerosakTiadaDBP/KPB/201408/03046Lulus07/08/201407/08/201410:19:32
Melawan Aedes26805/2014Melawan nyamuk Aedes untuk keluarga anda dan setiap keluarga.Dewan Bandaraya Kuala LumpurRacun PerosakTiadaDBP/KPB/201411/03761Lulus04/11/201405/11/201409:10:57
BUTIK ZULDA MASRI INFINITI909/2017Nama ini dipilih kerana: Butik kerana kami menjual pakaian busana muslim Pemilihan nama "ZULDA MASRI" merupakan nama ayah (keluarga) konsep perniagaan keluarga. Pemilihan perkataan "INFINITI" yang membawa maksud tidak terhingga, sesuai dengan impian kaMajlis Perbandaran SerembanButikTiadaDBP/KPB/201701/12417Lulus10/01/201711/01/201708:44:44
HARI KELUARGA46184/2015HARI KELUARGA 3RAMD ERAT SILLATURRAHIMMajlis Perbandaran Port DicksonMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201511/07844Lulus16/11/201517/11/201513:22:11
hari keluarga11006/2015hari keluargaMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201503/08234Lulus26/03/201530/03/201512:33:50
12345678910...

Kembali ke atas