Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.su/.kan] | مماسوقکن

Definisi : 1. membawa (membiarkan dll) masuk, mengisikan (ke dlm): ia ~ mesin taip ke dlm bilik; perusahaan ~ nanas ke dlm tin; dialah yg mula-mula ~ suatu konsep baru ke dlm kesusasteraan kita; 2. menjadi­kan seseorang ahli sesuatu pertubuhan dll: ramai ibu bapa ~ anak-anak mereka ke sekolah itu; 3. menaruhkan wang ke dlm sesuatu perusahaan dll, menanam modal: ia ~ RM50 ke dlm sebuah syarikat pd awal tiap-tiap tahun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.su/.kan] | مماسوقکن

Definisi : 1 membawa atau membiarkan masuk; menyuruh masuk atau menyuruh menyertai sesuatu pertubuhan dll: Doktor telah menyuntik kami utk ~ ubat yg dpt mencegah penyakit itu. 2 menaruh di dlm sesuatu; menyimpan: Dia ~ RM50.00 pd tiap-tiap bulan ke dlm akaun simpanannya di bank itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masuk (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi ke dalam: datang ke dalam
Berantonim dengan keluar

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, meruyup, terpuruk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan pergi: hadir di, berada di,

4. Bersinonim dengan menganut: memeluk

5. Dalam konteks peperiksaan
bersinonim dengan mengambil, menduduki, menghadiri, menyertai, mengikuti,

6. Bersinonim dengan telap: bobos, telus, lut, tembus,

Kata Terbitan : memasuki, memasukkan, termasuk, kemasukan,

Peribahasa

Memasukkan (= mengenakan,
     menjalankan) jarum halusnya.

Bermaksud :

Mengenakan tipu daya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
TAWARAN ISTIMEWA PENGHABISAN STOK!15211/2016kerana kami ingin membersihkan stok lama dan ingin memasukkan stok baru ke kedai kami.kami juga ingin memberikan harga yang paling rendah untuk pelanggan kami dalam masa memperkenalkan kedai kami kepada masyarakat diluar sana.Majlis Perbandaran KuantanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201604/09313Lulus04/04/201604/04/201615:36:25

Kembali ke atas