Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.rang.kan] | منرڠکن

Definisi : 1. menjadikan terang (pelihatan, pendengaran, dll): puas sudah ia ber­ubat ke sana ke mari utk ~ matanya yg kabur, tetapi tidak juga berjaya; 2. men­jadikan terang, menghuraikan (menceritakan dll) supaya terang, memberi keterangan, menjelaskan: Ramlan cuba ~ kemusykilan neneknya; 3. memberitahu tentang sesuatu (supaya dike-tahui seseorang atau orang ramai), memak-lumkan, menyatakan: PM telah ~ mengapa perubahan-perubahan kerajaan yg berlaku di Afrika tidak berlaku di Malaysia; 4. menentukan (apa yg patut dilakukan dll), menetapkan, menegaskan: per­aturan undang-undang itu ~ bagaimana orang ramai patut menghantar butir-butir atau kira-kira pendapatannya; 5. menun­jukkan (menandakan, membuktikan) bahawa: kita tidak mempunyai bukti yg cukup utk ~ bahawa orang yg dituduh itu betul-betul bersalah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
terang
1. Bersinonim dengan cahaya
( sinar, kilau, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan terang
( cerah, jelas, nampak, )
(adjektif:)
Berantonim dengan kelam

3. Dalam konteks hari
bersinonim dengan siang, cerah,
(adjektif:)
Berantonim dengan gelap

4. Dalam konteks bunyi
bersinonim dengan nyata, jelas, ketara, tegas, kuat,
(adjektif:)
Berantonim dengan redam

5. Bersinonim dengan benar
( betul, pasti, tepat, sahih, sah, nyata, terbukti, )
(adjektif:)

6. Dalam konteks hutan
bersinonim dengan sudah ditebang, sudah dibersihkan,
(kata kerja:)

Kata Terbitan : terang-terang, berterang-terang, berterang-terangan, menerangi, menerangkan, keterangan, penerangan, penerang,


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Toyota Vios-Banner-BM-NEW45485/2016Degupan Baharu Rentak Terkini adalah metafora bagi menerangkan kuasa dan rekebentuk yang baharu Toyota Vios. Degupan baharu juga adalah untuk menerangkan mengenai enjin baharu Toyota Vios yang merupakan jantung kereta berkenaan. Ia juga adalah terjemahanPihak Berkuasa TempatanPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201609/10697Lulus14/09/201615/09/201615:07:26
ATHENA178/2015KEDAI BUATAN TANGAN ASLI DAN ORGANIK NATURAL & HANDMADE - DITULIS DALAM BAHASA INGGERIS BAGI MENERANGKAN MAKSUD PERKATAAN ASLI DAN ORGANIK DI ATASNYA SELAIN MENERANGKAN APA PRODUK YANG DIJUAL DI KEDAI TERSEBUT. PERKATAAN "A WALK IN THE GARDEN" PULAMajlis Perbandaran MuarKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201501/04157Lulus06/01/201506/01/201512:03:28
CIPTA SUCCESS MARKETING31342/2017MENERANGKAN JENIS PERNIAGAAN SYARIKATMajlis Perbandaran SerembanMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201705/18262Lulus23/05/201724/05/201715:22:09
PINNACLE PETALING JAYA41373/2016Lanjutan dari pengesahan no. 1 seperti di bawah, pihak kami ingin menerangkan bahawa visual iklan yang dilampirkan di atas adalah untuk tujuan Pejabat Urusan.Majlis Bandaraya Petaling JayaPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201608/11337Lulus22/08/201622/08/201612:31:21

Kembali ke atas